Pages

Plezzz, click!!!

Sabtu, Mei 23, 2009

Program Bulan Mac


Sabtu 2.3.09 - Program Anti Dadah dilancarkan pada 2.3.09 hingga 7.3.09. Berbagai acara dijalankan seperti pertandingan deklamasi sajak, melukis poster (Tahap 2), mewarna poster (Tahap 1), kuiz dan ceramah Anti Dadah yang disampaikan oleh pegawai dari Pusat Serenti, Sengkang.

Penerangan 5 minit setiap sesi P&P sepanjang program dijalankan

Pertandingan mewarna poster Tahap 1

Pertandingan mendeklimasi sajak (Tahap 2)

En Arifin b Kemin mendeklamasi sajak.Adik Muhd Izzat Anaqi B Ibrahim
( Johan Sajak Anti Dadah peringkat sekolah) mendeklamasi sajak.

Pn Sosilawati dari Pusat Serenti Sengkang, Bkt Gambir, Ledang menyampaikan ceramah.

Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz.
Cenderahati dari pihak sekolah kepada penceramah yang disampaikan oleh Pn Hjh Munah bt Abd Majid ( GB)


Jumaat 27.3.09 - Sambutan Maulidur-Rasul SKPK disambut dengan meriah. Berbagai aktiviti yang dijalankan iaitu perarakan, ceramah agama , melukis poster (Tahap 2), mewarna poster (PraSK dan Tahap 1) dan jamuan bubur asyura.

Perarakkan pelajar-pelajar SKPK dan guru-guru.


Jumaat 27.3.09 - Pada sebelah petangnya pula dijalankan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36. YB A.Asojan ( ADUN Gambir) merasmikan majlis tersebut.
Ketibaan YB M.Asojan dan jemputan

YB M.Asojan sedang berucap.

Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang UPSR (2008)

Tiada ulasan: