Plezzz, click!!!

Jumaat, Mei 22, 2009

Sambutan Hari Guru 18.5.09

Isnin 18.5.2009 - Perayaan Hari Guru disambut peringkat SKPK.. Berbagai aktiviti telah dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perhimpunan khas sempenan Hari Guru 2009(membaca perutusan Hari Guru oleh Guru Besar dan GPK 1) , bacaan ikrar guru , nyanyian lagu " Guru Malaysia ", sukaneka , permainan bola sepak (murid dan guru lelaki ) dan bola tampar(murid dan guru perempuan) , pertukaran hadiah dan sebagainya. Sebelum majlis berakhir, murid-murid menerima sumbangan ais-krim dan gula-gula daripada guru-guru/staf SKPK.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU SELURUH NEGARA.

Pn Hjh Munah bt Abd Majid (GB) membaca perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia.

Tn Hj Mohamad B Md Amin (GPK 1) menyampaikan perutusan dari Pengarah Pelajaran Malaysia.

En Arifin B Kemin menyampaikan sebuah sajak bertajuk 'Buatmu Guru'.

Guru-guru SKPK membaca ikrar dan nyanyian lagu " Guru Malaysia ".

Perlawanan bola sepak antara guru/staf dan murid (guru/staf memakai kain batik )



Sukaneka yang melibatkan guru, staf dan murid-murid.

Pn Rahmah memberi penerangan kepada peserta sukaneka

Pemenang menerima hadiah


Murid beratur mengambil ais krim dan gula-gula.


4 ulasan:

Dr Airul berkata...

Assalamualaikum.Alhamdulilah segala puji rasa syukur kehadrat Ilahi dengan izin tuhan saya dipertemukan kembali dengan Sekolah Kebangsaan Parit Kassan,Johor dalam ruangan blog.
Rindu saya pada malaysia,rindu saya pada teman-teman lama,rindu saya pada bekas-bekas guru SKPK,rindu saya pada kenangan-kenangan manis di SKPK.InsyaAllah sekiranya diberikan kesempatan,mahu saja saya melawat ke SKPK dan bertemu dengan guru-guru.
dengan adanya blog SKPK ini dapat mengubat rindu bekas-bekas pelajar seperti saya sekali gus mengingatkan kembali nostalgia dulu.
Banyak pengalaman telah saya tempuhi di SKPK.semuanya pengalaman manis,tiada yang pahit.belajar bermain kompang,bernasyid,persembahan zapin dan mendeklamasikan sajak dan dikir barat itu adalah antara aktiviti yang saya sertai di SKPK.walaupun hanya satu tahun saya bersekolah di situ,namun,sudah cukup untuk saya mengenali budaya dan adat resam setempat.saya orang kelantan.jadi,saya seronok berada di SKPK.pengalaman manis akan tidak dapat saya lupakan.

akhir kalam.saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik di SKPK.saya sayang sama guru.kalau bukan kerana guru,tidak mungkin kita akan berjaya.

"Majulah SKPK untuk nusa dan bangsa"

M. Khairul Anuar Abdullah
(Bekas Pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Parit Kassan,johor)
(Pelajar Perubatan dan Pembedahan,Fakulti Perubatan,Univerisiti Zagazig,Mesir)

nza berkata...

Terima kasih dan tahniah di atas kejayaan Khairul. Kami guru-guru di SKPK amat bangga dengan kejayaan murid-murid kami. Selalulah ikuti perkembangan kami di sini. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didik kami...wassalam.

::BLOGMASTER:: berkata...

Di kesempatan ini saya bagi pihak ibu bapa dan penjaga serta AJK PIBG ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Guru 2009 kepada semua guru-guru SK Parit Kasan yang telah banyak berjasa dan berkhidmat dengan jujur dan ikhlas semata-mata ingin menjadikan murid yang diajar sebagai insan yang berjaya dalam segala bidang.

Berkat daripada didikan dan bimbingan guru-guru di SKPK, anak-anak kami dapat mengenal, mengeja, membaca dan mengira dan itulah asas yang membawa kejayaan dan kecemerlangan seseorang murid.

Alhamdulillah dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan semangat belajar yang kental serta keinginan untuk mengapai kejayaan yang tinggi, kini SKPK telah berjaya melahirkan ramai modal insan yang berjawatan tinggi dan profesional.

Dan bagi yang berada di tahap yang sederhana, itu bukanlah satu titik tolak untuk merendah diri namun kita perlu bersyukur kerana kita juga mampu menikmati suasana pembelajaran walaupun kita hanya bekerja dengan jawatan rendah ataupun kerja sendiri.

Pengorbanan dan jasa seorang guru itu akan tetap dikenang sampai bila-bila.

Sekali lagi diucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru sama ada yang masih mengajar di SKPK atau bekas guru di SKPK.

Guru Pembina Negara Bangsa.

Hai Rozzaman Bin Jalal aka wakjaman
(Bekas pelajar SKPK 1975 - 1980)
AJK PIBG SKPK

_____________________________________________
Boleh kunjungi laman berikut untuk informasi:
1. http://www.wakjaman.com (web rasmi wakjaman)
2. http://wakjaman.blogspot.com (blog wakjaman)
3. http://paritkassan.blogspot.com (blog JKKK Parit Kassan)
4. http://adisabariman.fotopages.com (Himpunan foto kreatif wakjaman)
5. http://infoledang.blogspot.com (Sumber Berita Warga Ledang)
6. http://kemplingan.blogspot.com (blog Kesenian Kempling Parit Kassan)
7. http://www.wakjaman.com/mjsb (Blog Mohd Janis Sdn Bhd)
8. http://jumrie.blogspot.com (Bekas pelajar SKPK)
9. http://tumbokdinding.blogspot.com (Bekas pelajar SKPK)
10. http://nunzailamnun.blogspot.com (Bekas pelajar SKPK)

nza berkata...

Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan di atas penghargaan yang diberikan oleh pihak tuan. Juga terima kasih di atas kerjasama ibu bapa dan PIBG khasnya yang begitu perihatin demi memajukan anak-anak di sini. Sebagai seorang guru, kami teramat bangga dengan kejayaan murid-murid kami...doakan agar kami menjadi lebih kental dan sabar dalam mendidik pelajar di zaman yang mencabar ini.....terima kasih, wassalam.