Pages

Plezzz, click!!!

Sabtu, Januari 30, 2010

PERTANDINGAN TOKOH NILAM DAERAH 2010

Khamis 28.1.2010 -
Seorang murid SKPK Muhammad Amir Imran Bin Yahya telah terpilih mewakili Zon Serom ke pemilihan Tokoh NILAM Daerah yg di jalankan di PKG Pt Bunga, Ledang. Ini merupakan kali ke 3 murid dari SKPK terpilih ke Peringkat Daerah untuk pemilihan TOKOH NILAM DAERAH:
2007
Farah Nadiah Bt Mahmud
(wakil Zon Serom-SK Luar Bandar)2008-
Nurul Afiqah Bt Ali
(tidak terpilih)
2009-
Muhammad Syafiq B Mohd Karim
(wakil Zon Serom-SK Luar Bandar)2010-
Muhammad Amir Imran B Yahya
(wakil Zon Serom-SK Luar Bandar)


Muhammad Amir Imran B Yahya

Ada 4 kategori yang dipertandingkan :
A. Kategori Sekolah Menengah Bandar -
-4 buah sekolah

B. Kategori Sekolah Menengah Luar bandar
-4 buah sekolah

C. Kategori Sekolah Rendah Bandar
-4 buah sekolah

D. Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar
-18 buah sekolah
( persaingan yang sengit dan terpaksa dibuat saringan)


Adik Muhammad Amir Imran telah mengharumkan nama sekolah n zon kerana berjaya meraih tempat ke 3 Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar.

"Tahniah untuk Amir Imran".

Rabu, Januari 27, 2010

Kemangkatan Al-Marhum Sultan Johor.

Isnin hingga Jumaat - (25.1.2010 - 29.1.201)
Murid2 dan warga SKPK berkabung di atas kemangkatan 
Al-Marhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda Al-Marhum Sultan. 
Al-Fatihah. 
(Mangkat pada Jumaat - 22.1.2010)

Jumaat, Januari 22, 2010

Operasi Bilik Pemulihan Bermula

Khamis 7.1.2010-Bilik pemulihan yg baru telah siap dan mula beroperasi pada 7.1.10.

bilik pemulihan yang luas dan selesa untuk pembelajaran.
guru pemulihan En Hamdan B Gendot sedang mengajar murid-murid yang trlibat.

Selasa, Januari 19, 2010

Watikah Perlantikan 2010

Isnin 18.1.2010 - Watikah Perlantikan untuk Pengawas Disiplin, Pustakawaan, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah diadakan semasa perhimpunan mingguan. Seramai 26 orang Pengawas, 25 orang Pustakawaan , 6 orang Ketua Darjah dan 6 orang Penolong Ketua Darjah.

penyampaian watikah perlantikan kepada pengawas, pustakawaan, ketua darjah dan penolong ketua darjah.

membaca ikrar di hadapan barisan guru......

Perjumpaan Kali 1 Unit Beruniform Sesi 2010

Sabtu 17.1.2010- Perjumpaan Pertama Unit beruniform sesi 2010. Peserta terdiri drp murid Tahap 2.

Isnin, Januari 18, 2010

Bantuan Pelajar Miskin

Khamis 14.1.2010 - Bantuan kepada pelajar miskin sumbangan MAIJ (Majlis Agama Islam Johor)Daerah Muar/Ledang 2010. Seramai 21 orang murid layak menerima sumbangan dlm bentuk uniform sekolah trmasuk kasut dan songkok (murid lelaki)
Ustazah Zainura sedang membuat ukuran kepada pelajar yang layak menerima sumbangan...

Isnin, Januari 11, 2010

Penyampaian Sijil Penyertaan Kepenggunaan Peringkat Kebangsaann

Isnin 11.1.2010 - Perhimpunan Mingguan berjalan seperti biasa. Penyerahan Sijil Penyertaan Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan ( Kategori A 8-12 thn) . Sebanyak 10 buah lukisan yang dipilih diperingkat sekolah oleh Panitia PSV telah dihantar kepada pihak penganjur pada bulan Julai 2009. Sijil2 telah dihantar oleh pihak penganjur pada cuti sekolah yang lalu.
Sijil2 disampaikan oleh Pn Hjh Munah Bt Abd Majid, Guru Besar SKPK kepada murid2 berkenaan.

Penerima sijil penyertaan :
Amirul Redzuan B Buang
Afiq Azizi B Yusaini
Nur Muhammad

Khairun Nadhirah Bt Hai Rozzaman
Farah Naurah Bt Mahnud
Aiman Iqbal B Yusaini
Fairuz B Mohd Isnin

Tiada di dlm gambar ( Naik ke Tingkatan 1)
Siti Nabilah Bt Sulaiman
Syafiqah Syazanani Bt Sutoyo

Contoh sijil yang diperolehi

Isnin, Januari 04, 2010

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2010

Isnin 4.1.2010 - Hari Pertama sesi persekolah 2010 bermula.

Perhimpunan Mingguan Pertama.

Pengajaran dan Pembelajaran Tahun 1-6 berjalan lancar.
Tahun 1 jalani minggu orientasi selama 1 minggu.

Murid-murid Pra 1 dan Pra 2

Jumaat, Januari 01, 2010

Aktiviti Seminggu ( Selasa - Jumaat)

Selasa/Rabu
29.12.09/30.12.09
Mesyuarat Panitia
Khamis
31.12.09
Mesyuarat Hem dan PSS
Jumaat
1.1.09
Bayaran Yuran dan taklimat Transisi Thn 1