Pages

Plezzz, click!!!

Sabtu, Mei 30, 2009

Kursus Aplikasi ICT/Eleman Bestari

Sabtu 30.5.09 - Kursus Aplikasi dan Eleman Bestari diadakan di Makmal Komputer SKPK. Kursus ini dihadiri oleh guru-guru SKPK.


Objektif kursus :
- menambahkan pengetahuan guru-guru berkaitan dengan eleman sekolah bestari
- menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT yang berkaitan pembinaan laman web, blog dan e-mail.

Kursus Aplikasi ICT disampaikan oleh :
Sesi 1 - Pn Zainab Bt Ismail - " Eleman Sekolah Bestari
Sesi ke 2 - Cik Nur Dahliyah Bt Noor Rahman - Pembinaan Laman E-Mail "
Sesi ke 3 - Pn Nor Zakiah bt Hj Abdullah - Pembinaan GMail dan Blog".



Sesi 1- Pn Zainab Bt Ismail : " Eleman Sekolah Bestari".

Sesi ke 2 Cik Nur Daliyah Bt Noor Rahman : " Pembinaan E-Mail".


Sesi ke 3 - Pn Nor Zakiah Bt Hj Abdullah : " Pembinaan G-Mail dan Asas Pembinaan Blog ".

Mendengar penerangan yang sedang disampaikan oleh Pn Zainab



Pn Mahani, Pn Norzalena dan Pn Radiah

Ustazah Zainura dan Pn Radiah membuat catatan.

En Hamdan dan En Ali saling bantu membantu.

Pn Zainab, Pn Mahani dan Pn Norzalena dibimbing oleh Pn Nor Zakiah.



En Ali (Pengerusi Bilik Guru) menyampaikan cenderahati dari pihak penganjur kepada Pn Nor Zakiah .

En Ali menyampaikan cenderahati kepada Pn Zainab

Selamat Bercuti

Sabtu 30.5.09 - Cuti Penggal Pertama Persekolah bermula pada 30.5.09 hingga 14.6.09. Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar-pelajar.

Khamis, Mei 28, 2009

Selamat Hari Lahir (Bln Mei)

Khamis 28.5.09 - Warga SKPK mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Tn Hj Mohamad ( GPK 1), Cik Dahliyah, Cik Zanariah dan Pn Hazlina yang menyambut hari lahir pada bulan Mei....Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt....amin...

' HAPPY BIRTHDAY'

Tn Hj Mohamad , Cik Nur Dahliyah, Cik Zanariah dan Pn Hazlina menyambut hari lahir pada bulan Mei.




Tn Hj Mohamad B Md Amin memotong kek hari lahir yang ke.... ??????
Terima kasih kerana belanja kami makan kek...emmm yummy.....

Rabu, Mei 27, 2009

Karnival Pendidikan & Pesta Buku 09

Rabu 27.5.09 - PSS SKPK mengadakan lawatan ke Karnival Pendidikan & Pesta Buku 09 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Muar. Seramai 31 orang pelajar Tahun 6 , 9 orang pustakawaan Tahun 5 dan 4 orang guru pengiring mengikuti lawatan ini.


Bergambar di gerai buku.


Bergambar bersama seorang pelukis terkenal di Gerai Seni Warisan Muar.

En Ali bergambar di hadapan sebuah gerai

Pn Nor Zakiah & Pn Nur Anis di depan gerai ANA MUSLIM
Pn Nur Anisza bersama murid di gerai ANA MUSLIM
Di hadapan gerai seni.

Peserta pertandingan tulisan khat
Sedang menunggu seorang murid (Muhd Syafiq B M.Karim) yang mengambil bahagian dalam pertandingan tulisan khat.

PEMBINAAN BANGUNAN BARU 2009

Isnin 25.5.09
Pembinaan bangunan baru 4 tingkat SKPK bermula pada 5.5.09. 
Pembinaan ini dijangka mengambil masa selama 16 bulan.

Asal : Tempat letak kereta guru

Asal: Gelanggang bola tampar

Selasa, Mei 26, 2009

Aktiviti Unit Beruniform

Sabtu 23.5.09 - PPIM SKPK mengadakn aktiviti kawad yang diketuai oleh Pn Nor'aini Bt Md Dom. Untuk sesi ke 2 pula diadakan taklimat ringkas bertajuk ' Batas-batas Pergaulan dan aurat pelajar perempuan' oleh Pn Nor Zakiah bt Abdullah .


Sesi 1
Pn Nor'aini Bt Md Dom memberi penerangan berkaitan dengan kawad kaki

PPIM -latihan kawad
Pemeriksaan kawad oleh Pn Nor'aini, Pn Rahmah, Pn Halizah dan Pn Norzalena.

Sesi 2
Murid-murid tekun mendengar taklimat yang disampaikan

Barisan guru PPIM

Pn Nor Zakiah Bt Abdullah menyampaikan takliimat bertajuk
' Batas pergaulan dan aurat pelajar perempuan'

Isnin, Mei 25, 2009

Karnival Ko-kurikulum Pra Sekolah

Sabtu 25.4.2009 - Karnival ko-kurikulum peringkat Zon telah diadakan di SK Gersik, Bukit Gambir.. SKPK telah berjaya memenangi acara:
a. 4X50 Lelaki (Emas )
c. Lompat Tinggi Lelaki (Emas)
b. Lompat Tinggi Perempuan (Perak).


Sabtu 14.5.2009- Karnival ko-kurikulum peringkat Daerah diadakan di SK Pekan Baru, Muar. SKPK telah memenangi acara:
a. Lompat Tinggi Lelaki -Perak
b. Lompat Tinggi Perempuan-Perak
c. 4X50 Lelaki-Gangsa
Peserta-peserta ini telah melayakkan diri ke peringkat negeri yang akan diadakan di Mesing nanti.

Peserta lompat tinggi lelaki Muhd Anas

Peserta lompat Tinggi Perempuan Nisrina Balkis

Peserta 4X50 lelaki dari kiri Muhd Firdaus, Muhd Haris dan Muhd Irfan


Ahad, Mei 24, 2009

Lawatan ke Negeri Sembilan (8.4.09)

Rabu 8.4.2009- SKPK telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Negeri Sembilan. Seramai 40 orang murid (Tahun 6 dan beberapa orang pelajar Tahun 5) , 4 orang guru dan 2 orang staf mengikuti lawatan ini. Rombongan bertolak pada pukul 7.30 pagi . Antara tempat yang dilawati ialah tempat pembuatan kristal di Rembau, Muzium Negeri Seremban , Kilang Yalkut , Muzium Tentera dan terakhir rombongan singgah di Nilai 3 sebelum bertolak pulang ke sekolah. Rombongan tiba di sekolah lebih kurang pukul 12.00 malam.
Objektif lawatan :
- menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid dari tempat-tempat yang dilawati
- memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah negara
- menarik minat murid untuk mengenali keindahan dan keunikan yang terdapat di dalam negara.

Pusat penghasilan kristal Rembau

Kilang Yalkut

Muzium Negeri Seremban

Di dalam Muzium Negeri

Muzium Tentera di Port Dickson

Di dalam terowong, Muzium Tentera

Pn Hjh Munah Bt Abd Majid menyampaikan cenderahati kepada wakil pegawai di Muzium Tentera

Singgah membeli belah di Nilai 3.

Sabtu, Mei 23, 2009

Ujian Setara Setengah Tahun 2009

Selasa hingga Jumaat 19.5.09-22.5.09 - Peperiksaan Pertengahan Tahun bermula.
Selamat menduduki peperiksaan dan selamat menjawab soalan diucapkan kepada semua pelajar SKPK.

"Kejayaan anda adalah kebanggaan kami."

Program Bulan Mac


Sabtu 2.3.09 - Program Anti Dadah dilancarkan pada 2.3.09 hingga 7.3.09. Berbagai acara dijalankan seperti pertandingan deklamasi sajak, melukis poster (Tahap 2), mewarna poster (Tahap 1), kuiz dan ceramah Anti Dadah yang disampaikan oleh pegawai dari Pusat Serenti, Sengkang.

Penerangan 5 minit setiap sesi P&P sepanjang program dijalankan

Pertandingan mewarna poster Tahap 1

Pertandingan mendeklimasi sajak (Tahap 2)

En Arifin b Kemin mendeklamasi sajak.Adik Muhd Izzat Anaqi B Ibrahim
( Johan Sajak Anti Dadah peringkat sekolah) mendeklamasi sajak.

Pn Sosilawati dari Pusat Serenti Sengkang, Bkt Gambir, Ledang menyampaikan ceramah.

Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz.
Cenderahati dari pihak sekolah kepada penceramah yang disampaikan oleh Pn Hjh Munah bt Abd Majid ( GB)


Jumaat 27.3.09 - Sambutan Maulidur-Rasul SKPK disambut dengan meriah. Berbagai aktiviti yang dijalankan iaitu perarakan, ceramah agama , melukis poster (Tahap 2), mewarna poster (PraSK dan Tahap 1) dan jamuan bubur asyura.

Perarakkan pelajar-pelajar SKPK dan guru-guru.


Jumaat 27.3.09 - Pada sebelah petangnya pula dijalankan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36. YB A.Asojan ( ADUN Gambir) merasmikan majlis tersebut.
Ketibaan YB M.Asojan dan jemputan

YB M.Asojan sedang berucap.

Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang UPSR (2008)