Plezzz, click!!!

Sabtu, Mei 16, 2009

Ucapan Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua rakan seperjuangan. Hai... hari ini saya tidak putus-putus terima sms daripada kawan-kawan. Bermula dari semalam dan hingga ke saat ini handphone saya dah kepenatan. Agaknya dah kembung dengan isi kandungan yang dikirim oleh rakan-rakan. Terima kasih semua di atas ingatan.

Terima kasih kak long sayangku nun yang berada di Perak, ati adik kesayanganku di Kelantan , dihah, cikgu yati(ex-GB) , cikgu munah(GB ku) , kak ani, zana, kak junaini, anis, cikgu osman, rahmah, as , dll yang mungkin tak tersebut namanya......Selamat Hari Guru.

guru....dlm ajarmu ada harapan,
dlm tegurmu ada doa,
dlm marahmu ada sayang,
dlm tawamu ada mesranya,
dlm tanganmu insan terbina,
berbahagialah menjadi guru......


Sajak khas ditujukan kepada semua guru-guru di Malaysia.

GURUKU
Guruku
Tanpamu siapalah aku
Kau mengenalkan aku
Pada dunia yang penuh pancaroba
Mengenal a, b, c, .......1, 2, 3
Terima kasih tak terhingga.
Jasamu amat besar.

Anak petani menjadi pemimpin
Anak buruh menjadi ketua
Doamu
Membawa keberkatan anak didikmu.
Khidmatmu mulia,
Seperti lilin yang terus menyala.
Luhur hatimuIkhlas khidmatmu
Dengan tabah kauhadapi
Tanpamu siapalah aku.


ENGKAU GURU
Engkau yang kupanggil guru
adalah penyebar ilmu
seluas lautan yang tidak berantara
seluas saujana alam semesta
kata-katamu penuh bermakna
ucapanmu berisi harapan
teguranmu terselit impian
marahmu meruntuh kedegilan.

Kasih sayangmu menunjangi kejayaan
keikhlasanmu mendidik anak-anak bangsa
tidak pernah kau bezakan
ketekunanmu mengajar anak-anak bangsa
dengan setiap keluhuran yang ada
kegigihanmu membimbing anak-anak bangsa
penuh rela dan redha.

Engkau yang kupanggil guru
adalah bapa adalah ibu
bersih wajahmu membayang harapan
lembut bicaramu .... berbunga kemesraan
santun tingkahmu ..... menjadi teladan
berkat ajaranmu ...... menjadi ikutan.

Engkau yang kupanggil guru
tugas, tanggungjawab dan baktimu
menjadi penyuluh menerangi semesta
berkurun tidak akan padam
segala ilmu yang engkau curahkan.

Guru,
terima kasih atas pengorbananmu
cekal dan tulus dalam pengabdian itu.

Tiada ulasan: