Pages

Plezzz, click!!!

Selasa, Januari 24, 2012

SOALAN LAZIM -INTERVIEW CALON TOKOH NILAM

Soalan-soalan lazim Calon Tokoh NILAM

1. Penulis yang anda minati?
    -Shahnum Ahmad

2. Jika diberi peluang hidup bersama penulis, apakah yang akan anda
    Lakukan?
-         Saya akan cuba sebanyak mungkin belajar dari beliau.
-         Saya akan bertanya tentang pengalaman beliau sedari kecil hingga berjaya bergelar penulis.
-         Saya akan cuba mendekati dan belajar dari ppengalaman beliau.

3. Pernahkah anda menonton drama TV?
    -Pilih antara menonton TV atau membaca buku. Beri pendapat anda?
      Saya lebih suka menonton TV kerana:
a.      Saya dapat menonton berbagai-bagai rancangan yang saya sukai.
b.     Disamping itu, bila menonton TV, ianya disiarkan bersama gambar-gambar  dan animasi yang menarik. Dengan itu ia dapat memudahkan saya memahami apa yang disampaikan.
c.     Dengan menonton TV juga dapat eratkan ikatan kekeluargaan kerana biasanya saya menonton TV bersama ahli keluarga sambil berkongsi pendapat.
d.     TV juga dapat menenangkan fikiran saya setelah seharian belajar..

4. Peranan Anda sebagai salah seorang Rakan Pembaca membantu rakan-
    rakan:
a.      Meminjamkan buku yang saya miliki kepada rakan-rakan.
b.     Mengajak kawan-kawan untuk membaca bersama-sama sewaktu rehat, waktu terluang atau semasa ketiadaan cikgu.
c.     Saya akan bercerita kepada kawan-kawan berkaitan buku-buku menarik yang telah saya baca.

5. NILAM : Nadi Ilmu Amalan Membaca

6. Jelaskan NILAM dapatkan tingkatkan Prestasi.
    -Untuk dapat Anugerah atau sijil NILAM, saya perlu banyak membaca.
      Jika  banyak membaca, maka saya dapat banyak ilmu pengetahuan dari  
      buku yang saya baca…

SOALAN BERKAITAN DENGAN BUKU
1.     Apakah perbezaan No Perolehan dan No Pengkelasan
-No Perolehan ialah bilangan buku yang telah diterima oleh
  perpustakaan.
-No Perolehan di tampal di bahagian atas disebelah kanan buku.

-No Pengkelasan ialah pengkelasan Dewey.
-Pengkelasan Dewey untuk menentukan jenis-jenis buku.
 Contoh : 400 = Bahasa
800     = Kesusasteraan

2.     Di manakah cop perolehan?
-di hadapan m/s pertama.

3.     Cara paling mudah mencari buku di PSS?
-mengikut pengkelasan dewey.

4.     3 ciri asas sebuah buku:
-Tajuk
-Penerbit
-Penulis

5.     Kesan daripada pembacaan novel pada diri anda.
-kalau novel sedih, saya akan rasa sedih.
-kalau novel berkaitan dengan motivasi, saya turut bersemangat.
 Contoh, menjadi pelajar yang cemerlang, saya perlu berusaha.

2 ulasan:

NAS berkata...

Terima kasih cikgu atas perkongsian. Mohon diizinkan untuk salinan.

Unknown berkata...

Terima kasih