Pages

Plezzz, click!!!

Ahad, Januari 15, 2012

SEKAPUR SIRIH-FOLIO CALON TOKOH NILAM 2012

SEKAPUR SIRIH CALON TOKOH NILAM


         Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..

Segala puji-pujian bagi ALLAH , Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi kerana saya terpilih sebagai calon Tokoh NILAM SKPK. Saya rasa amat berbesar hati dan berbangga dengan pemilihan yang tidak diduga ini.

Saya berjanji akan lakukan yang terbaik. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, guru besar, guru-guru saya terutamanya Cikgu Anis yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk membaca buku di perpustakaan sejak saya di Tahun 1 lagi. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang sering bersama saya untuk membaca bersama-sama semasa waktu lapang.

Dikesempatan ini saya menyeru kepada rakan-rakan agar menjadikan buku sebagai “RATU HATI” dan “TEMAN SEJATI” kerana buku itu “JAMBATAN ILMU” pada kita.

Akhir kata, saya berharap agar saya terus berjaya dan tidak akan jemu untuk menjadikan buku teman hidup saya….

Sekian, terima kasih.

Wassalam.


FARAH NAURAH BINTI MAHMUD
Tahun 6A,
SKPK

Tiada ulasan: