Pages

Plezzz, click!!!

Khamis, Januari 19, 2012

SEKAPUR SIRIH GURU BESAR-FOLIO CALON TOKOH NILAM 2012

SEKAPUR SIRIH
GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk merakamkan sepatah dua kata di ruangan ini.

Sebagaimana yang kita tahu Program NILAM merupakan salah satu cabang untuk menarik minat membaca dikalangan pelajar untuk sentiasa mendampingi buku.
Sebagai seorang ketua di sini, saya telah menyusun berbagai-bagai Program Galakan membaca di kalangan pelajar di sini dengan bantuan dari rakan-rakan guru yang lain..

Saya mengucapkan Tahniah kepada Farah Naurah yang tercalon untuk pemilihan TOKOH NILAM peringkat sekolah dan seterusnya keperingkat Zon dan Daerah.. Saya amat berharap agar pelajar yang terpilih ini akan terus menjadikan buku sebagai salah satu teman yang paling rapat.

Akhir kata, saya mendoakan agar Farah Naurah berjaya mengharumkan nama sekolah dan menjadi murid contoh kepada rakan-rakannya di sini.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.


PUAN HAJAH NIK FAUZIAH BT NIK YUSOH
Guru Besar,
SK Parit Kasan.

Tiada ulasan: