1. Apakah maksud "Tulang Buku" ?
2. Apakah yang dicetak pada "Tulang Buku" ?
3. Di manakah letaknya pengkelasan Dewey?
4. Apakah buku yang telah anda baca?
4.1-Tajuk buku
4.2-Penerbit
4.3-Penulis
4.4-Nilai-nilai murni
4.5-Apakah yang dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian.
Plezzz, click!!!
Selasa, Januari 31, 2012
Isnin, Januari 30, 2012
CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN
KERTAS KERJA TAKLIMAT PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN
SK PARIT KASAN
1. PROGRAM : Sambutan Bulan Kemerdekaan
2. AKTIVITI : Taklimat
3. MATLAMAT : Untuk membantu melahirakan warga sekolah yang cintakan
negara dan menghargai jasa pemimpin-pemimpin negara.
4. OBJEKTIF : Pada akhir program, warga sekolah dapat :
4.1 Berbangga menjadi rakyat Malaysia dan berusaha menjaga
kedaulatannya
4.2 Memelihara dan mejaga keharmonian masyarakat sekolah dan
kampung
kampung
.
5. TARIKH : 30 Ogos ......
6. KUMPULAN
SASARAN : Warga Sekolah Kebangsaan Parit Kasan
7. AKTIVITI KECIL : Minggu Patriotik
8. JAWATAN KUASA
PROGRAM : rujuk lampiran 1
9. SUMBER KEWANGAN : Peruntukan Panitia Bahasa Melayu , Panitia Muzik, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan.
10.STRATEGI PELAKSANAAN :
10.1 Kertas cadangan
10.2 Perbincangan bersama pihak pentadbir
10.3 Menyediakan dokumen berkaitan.
10.4 Mengadakan taklimat
10.5 Membuat laporan
11. PENUTUP
Diharapkan dengan adanya program ini murid dapat menanamkan sikap cintakan tanah air dan berbangga menjadi rakyat Malaysia di samping berusaha menjaga kedaulatannya serta memelihara dan mejaga keharmonian masyarakat sekolah dan kampung.
Disediakan oleh :
……………………………………….
(PN NOR ZAKIAH BT ABDULLAH)
Guru Perpustakaan dan Media
Disemak oleh :
………………………………………..
(TN HJ MOHAMAD B MD AMIN)
GPK 1
Disahkan oleh :
……………………………………..
(PN HJH NIK FAUZIAH BT NIK YUSOH)
Guru Besar
Selasa, Januari 24, 2012
SOALAN LAZIM -INTERVIEW CALON TOKOH NILAM
Soalan-soalan lazim Calon Tokoh NILAM
1. Penulis yang anda minati?
-Shahnum Ahmad
2. Jika diberi peluang hidup bersama penulis, apakah yang akan anda
Lakukan?
- Saya akan cuba sebanyak mungkin belajar dari beliau.
- Saya akan bertanya tentang pengalaman beliau sedari kecil hingga berjaya bergelar penulis.
- Saya akan cuba mendekati dan belajar dari ppengalaman beliau.
3. Pernahkah anda menonton drama TV?
-Pilih antara menonton TV atau membaca buku. Beri pendapat anda?
Saya lebih suka menonton TV kerana:
a. Saya dapat menonton berbagai-bagai rancangan yang saya sukai.
b. Disamping itu, bila menonton TV, ianya disiarkan bersama gambar-gambar dan animasi yang menarik. Dengan itu ia dapat memudahkan saya memahami apa yang disampaikan.
c. Dengan menonton TV juga dapat eratkan ikatan kekeluargaan kerana biasanya saya menonton TV bersama ahli keluarga sambil berkongsi pendapat.
d. TV juga dapat menenangkan fikiran saya setelah seharian belajar..
4. Peranan Anda sebagai salah seorang Rakan Pembaca membantu rakan-
rakan:
a. Meminjamkan buku yang saya miliki kepada rakan-rakan.
b. Mengajak kawan-kawan untuk membaca bersama-sama sewaktu rehat, waktu terluang atau semasa ketiadaan cikgu.
c. Saya akan bercerita kepada kawan-kawan berkaitan buku-buku menarik yang telah saya baca.
5. NILAM : Nadi Ilmu Amalan Membaca
6. Jelaskan NILAM dapatkan tingkatkan Prestasi.
-Untuk dapat Anugerah atau sijil NILAM, saya perlu banyak membaca.
Jika banyak membaca, maka saya dapat banyak ilmu pengetahuan dari
buku yang saya baca…
SOALAN BERKAITAN DENGAN BUKU
1. Apakah perbezaan No Perolehan dan No Pengkelasan
-No Perolehan ialah bilangan buku yang telah diterima oleh
perpustakaan.
-No Perolehan di tampal di bahagian atas disebelah kanan buku.
-No Pengkelasan ialah pengkelasan Dewey.
-Pengkelasan Dewey untuk menentukan jenis-jenis buku.
Contoh : 400 = Bahasa
800 = Kesusasteraan
2. Di manakah cop perolehan?
-di hadapan m/s pertama.
3. Cara paling mudah mencari buku di PSS?
-mengikut pengkelasan dewey.
4. 3 ciri asas sebuah buku:
-Tajuk
-Penerbit
-Penulis
5. Kesan daripada pembacaan novel pada diri anda.
-kalau novel sedih, saya akan rasa sedih.
-kalau novel berkaitan dengan motivasi, saya turut bersemangat.
Contoh, menjadi pelajar yang cemerlang, saya perlu berusaha.
Langgan:
Catatan (Atom)