Pages

Plezzz, click!!!

Memaparkan catatan dengan label PANITIA PSV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PANITIA PSV. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 30, 2010

Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan 53


Isnin 30.8.2010
- Pemenang Pertandingan Poster Sempena Hari Kemerdekaan ke 53 telah diumumkan pada hari ini. Pertandingan ini anjuran Panitia PSV dan PSS bermula pada 9.8.2010 sehingga 27.8.2010. Penyertaan terbuka kepada semua murid dan seramai 260 penyertaan diterima. Pemenang-pemenang menerima duit raya sumbangan PSS SKPK.

Pemenang :

1. Muhd Aminnur Rashid B Roslan

2. Nurul Jannah Bt Mohd Janis

3. Mohd Daniel Hakimi B Abd Rahim

4. Farah Naurah Bt Mahmud

5. Nur Fazlin
10 hadiah saguhati
sila klik sini.


Isnin, Januari 11, 2010

Penyampaian Sijil Penyertaan Kepenggunaan Peringkat Kebangsaann

Isnin 11.1.2010 - Perhimpunan Mingguan berjalan seperti biasa. Penyerahan Sijil Penyertaan Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan ( Kategori A 8-12 thn) . Sebanyak 10 buah lukisan yang dipilih diperingkat sekolah oleh Panitia PSV telah dihantar kepada pihak penganjur pada bulan Julai 2009. Sijil2 telah dihantar oleh pihak penganjur pada cuti sekolah yang lalu.
Sijil2 disampaikan oleh Pn Hjh Munah Bt Abd Majid, Guru Besar SKPK kepada murid2 berkenaan.

Penerima sijil penyertaan :
Amirul Redzuan B Buang
Afiq Azizi B Yusaini
Nur Muhammad

Khairun Nadhirah Bt Hai Rozzaman
Farah Naurah Bt Mahnud
Aiman Iqbal B Yusaini
Fairuz B Mohd Isnin

Tiada di dlm gambar ( Naik ke Tingkatan 1)
Siti Nabilah Bt Sulaiman
Syafiqah Syazanani Bt Sutoyo

Contoh sijil yang diperolehi

Sabtu, Oktober 10, 2009

Pemenang Mewarna Poster Kemerdekaan

Isnin 5.10.09 - Seramai 10 orang pemenang mewarna poster Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 52 anjuran PSS dan Panitia PSV SKPK menerima hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Hjh Munah bt Abd Majid semasa perhimpunan mingguan.
Tahniah kepada semua pemenang.

Jumaat, Julai 10, 2009

Pengajaraan & Pembelajaran PSV Tahun 5

Matapelajaran : PSV
Tahun : 5
Tajuk : Corak Tompokan Lilin
Murid-murid Tahun 5 begitu seronok menjalankan aktiviti PSV yang menggunakan lilin. Mereka menghasilkan corak tompokan lilin yang dititik di atas kertas yang diwarnakan.






Hasil kerja yang telah siap

Selasa, Jun 23, 2009

Pertandingan Kepenggunaan 2009

Selasa 23.6.09 - Pertandingan Poster Kepenggunaan anjuran PSV dan PSS akan berakhir pada 10.7.09 ( Jumaat). Sambutan dikalangan pelajar adalah menggalakkan. Kepada murid-murid yang berminat bolehlah menghantar poster sebelum tarikh yang dimaklumkan. Poster-poster yang terpilih akan dihantar ke Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional sebelum 15.7.09. Setiap peserta yang terpilih akan menerima sijil peringkat kebangsaan dan sekiranya menang akan menerima hadiah lumayan dari pihak penaja...


Sebahagian poster yang menarik hasil murid-murid
Afiq Azizi b Yussaini Tahun 5

Fairuz b Mohd Isnin Tahun 1
Syafiqah Syazanani bt Sutoyo Tahun 6