Pages

Plezzz, click!!!

Memaparkan catatan dengan label SEJARAH SEKOLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEJARAH SEKOLAH. Papar semua catatan

Selasa, Julai 18, 2023

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN, TANGKAK, JOHOR


         SEJARAH SK PARIT KASAN
Sekolah ini mula dibina pada tahun 1954 hasil dari sumbangan orang kampung yang sedar akan kepentingan sekolah kepada masyarakat. Hasil dari sumbangan yang berbentuk wang ringgit, bahan binaan dan juga tenaga, sebuah bangunan kayu beratapkan zink telah dapat didirikan dengan cara bergotong royong. 
           Tidak lama selepas itu kerajaan telah memberikan bantuan sejumlah RM1,960.00 dan hasilnya sebuah bangunan berukuran 70 kaki panjang dan 20 kaki lebar telah dapat disiapkan dan telah di rasmikan oleh Nazir Sekolah -Sekolah Melayu Muar pada 11 Januari 1955 dan sekolah ini telah dinamakan sebagai Sekolah Rakyat Parit Kasan dengan jumlah muridnya seramai 150 orang dan tenaga pengajar seramai 6 orang.
             Malangnya pada 1 April 1955 sekolah ini telah roboh kerana ditiup angin ribut. Bagaimanapun pengajaran dan pembelajaran tetap dijalankan di pondok-pondok yang dibina oleh orang kampong secara bergotong royong dengan bahan-bahan dari kayu gelam, buluh dan atap rembia yang didapati di sekeliling kampung. Dan pada 14 Ogos 1955 kerajaan telah membina semula sebuah bangunan baru. Bangunan baru ini telah di resmikan oleh En. Khalid Bin Hj. Ahmad selaku Guru Pelawat Sekolah-sekolah Pasukan Serom, Muar. Pada Tahun 1960 sekolah ini telah mendapat bantuan untuk pemasangan siling dan jaring besi.
         Setahun kemudian sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan dan diberikan taraf sekolah bantuan penuh kerajaan. Pada tahun 1963 sebuah bangunan yeng mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah pejabat telah dibangunkan. Bangunan  itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar ketika itu iaitu YAB Allahyarhan Dato' Haji Hasan Bin Yunos. Tidak lama selepas itu Ahli Parlimen kawasa Ledang YB Dato' Ngah Bin Abd. Rahman telah memberikan peruntukan sejumlah RM2,500.00 bagi pembesaran perpustakaan dan pemasangan elektrik.
        Pada tahun 1980, Kementerian Pendidikan telah memperuntukan sejumlah RM15,000.00 bagi pembinaan 3 buah tandas guru dan 4 buah tandas murid beserta 8 sinki basuh tangan. Di masa yang sama YB En. Embong Bin Yahya telah memberikan peruntukan untuk pembesaran perpustakaan kepada 40 kaki lebar dan 16 kaki panjang.

           Pada tahun 1988, sekolah ini sekali lagi telah mendapat peruntukan sejumlah RM350,000.00 dan hasilnya sebuah bangunan 2 tingkat  terdiri dari 3 buah bilik darjah, sebuah bilik solat, bilik wuduk, tandas murid, pejabat, bilik guru, perpustakaan bilik tayangan dan tandas guru telah disiapkan.

Sabtu, Julai 15, 2023

SENARAI NAMA GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN

SENARAI NAMA GURU BESAR SKPK

1. EN AHMAD B A.GHANI
(1963-1991 )

2. 1991-1994 ?

3. TN HAJI YUSOF B MOHAMED
1994-1996

4. TN HAJI HAMIM B LAHURI
1996-2000

5. ABDUL AZIZ B TALIB
2000-2001

6. PN HAJAH NORAINI HAYATI BT HJ AHMAD
 2001-2007

7. ABDUL RASID B TALIB
2007-2008

8. PUAN HAJAH MUNAH BT MAJID
2008-2010

9. PUAN HAJAH NIK FAUZIAH B NIK YUSOH
2010-2013

10. EN MAHAT B YAHYA
2013-2014

11. EN SAHARDIN BIN YUSOF
2014-2016


12. PN MISLINAH BT MESRAL
2016-2022

13. PN ZUHAINI BT MD NOH
2022-

Jumaat, Jun 17, 2011

Majlis Kesyukuran dan Tahlil Bangunan Baru 2011

 MAJLIS KESYUKURAN DAN TAHLIL 
SEMPENA NAIK BANGUNAN BARU.

Tarikh:
17.6.2011

Hari:
Jumaat

Tempat:
Surau (Tingkat 4)
Bangunan Baru

 Murid-murid yang menyertai tahlil....

 Majlis Tahlil diketuai oleh Tn Haji Taha B Kosnan

 Jamuan Guru Besar, GPK bersama jemputan.

 Jamuan untuk murid2.

 kerjasama guru dan staf untu memastikan majlis berjalan lancar.

Jumaat, Januari 21, 2011

Pembinaan Bangunan Baru (2)

Perkembangan Pembinaan Bangunan Baru SKPK pada awal tahun
2011
Pembinaan bermula 5.5.2009
Klik sini


Khamis, Ogos 12, 2010

PEMBINAAN BANGUNAN

Khamis 12.8.2010- Pembinaan bangunan baru SKPK sekarang dalam proses mengecat.gambar diambil pada 12.8.2010.

Ahad, Mei 30, 2010

BANGUNAN BLOK B DIROBOHKAN (2)

Khamis 27.5.2010- Bangunan Blok B yang menempatkan Tahun 1,2 dan 3 telah siap dirobohkan sepenuhnya. Bangunan ini dirobohkan bagi memberi laluan bagi pembinaan susur pejalan kaki dan garaj kereta.


Bangunan Blok B sebelum dirobohkan.


Rabu 19.5.2010 -
Bumbung bangunan dibuka...

Khamis 20.5.2010-
Bumbung bangunan telah siap dibuka.

Jumaat 21.5.2010 -
Para-para ditanggalkan.



Khamis 27.5.2010 -
Bangunan dirobohkan sepenuhnya dengan menggunakan jentolak.

Rabu, Mei 19, 2010

BANGUNAN BLOK B DIROBOHKAN

Rabu 19.5.2010 - Blok B bangunan SKPK akan dirobohkan sepenuhnya mulai hari ini. Blok B menempatkan kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 akan dirobohkan bagi kerja-kerja pembinaan susur gajah dan garaj kereta guru. Memandangkan kekurang kelas, murid-murid Tahun 1 ditempatkan sementara di kelas pemulihan, Tahun 2 di makmal komputer dan Tahun 3 di Perpustakaan.


Sejarah Blok B:
Menempatkan Kelas Tahun 1, 2, dan 3

Dirasmikan oleh :
YAB Dato' Haji Hassan B Haji Yunos
Menteri Besar Johor

Masa :
Selasa 23 Julai 1963 @ 28 Safar 1382
(3.30 petang)

Dirobohkan pada :
Rabu-19.5.2010


Hadapan : Blok B
Belakang : Bangunan baru yang masih dalam pembinaan




Tinggal kenangan- bangunan blok B akan dirobohkan bermula hari ini.


Gambar sekitar kerja pemindahan
murid Tahun 1, 2, dan 3
ke bilik-bilik khas.


Murid-murid Tahun 2 berpindah ke Makmal Komputer

Murid-murid Tahun 1 ditempatkan di Bilik Pemulihan




Bergotong royong bagi kerja-kerja pemindahan

Tahun 3- di PSS

Rabu, Julai 15, 2009

PEMBINAAN DATARAN SKPK 2009

GAMBAR 1


















GAMBAR 2














GAMBAR 3














GAMBAR 4














GAMBAR 4
















Cuci Mata

Kereta untuk DILELONG
Sebuah kereta akan dilelong mengikut harga semasa. Sesiapa yang berminat boleh hubungi Cikgu Khudhairi... sape cepat dia dapat!!!!!!! ( sory cikgu Khudhairi..gurau jerr..jgn mare!!!)

Jumaat, Jun 26, 2009

BANGUNAN BLOCK B DIROBOHKAN 2009

Projek Bangunan Baru Sekolah....sebulan sudah berlalu.....
Gambar yang diambil pada 25.5.2009

Gambar yang diambil pada 25.6.2009

Rabu, Mei 27, 2009

PEMBINAAN BANGUNAN BARU 2009

Isnin 25.5.09
Pembinaan bangunan baru 4 tingkat SKPK bermula pada 5.5.09. 
Pembinaan ini dijangka mengambil masa selama 16 bulan.

Asal : Tempat letak kereta guru

Asal: Gelanggang bola tampar