Pages

Plezzz, click!!!

Memaparkan catatan dengan label BICARA BUKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BICARA BUKU. Papar semua catatan

Isnin, Februari 28, 2011

Taman Botani Harapan-BICARA BUKU

Tajuk Buku:
Taman Botani Harapan

Penulis:
A.Razak Adam

Penerbit:
PTS

Pengkelasan Dewey:
899

Sinopsis/ulasan:
Azlan dan neneknya mengusahakan tapak semaian. bermula dengan anak pokok buah-buahan hingga anak pokok bunga. Tanah lapang yang kosong bertukar menjadi taman yang indah. Sungguhpun ada pesaing namun itu bukanlah cabaran yang besar. Malahan Azlan menjadikan pesainnya sebagai rakan perniagaan untuk bertukar-tukar fikiran dan bekalan anak benih....

Khamis, Februari 24, 2011

Kasih Sahabat-BICARA BUKU

Tajuk Buku:
Kasih Sahabat

Penulis:
Alias Derais

Penerbit:
KarnaDya

Pengkelasan:
899

Sinopsis/ulasan:
Persahabatan antara Amir, Kumar dan Toh Seng sudah lama terjalin. Lebih-lebih lagi mereka berada dalam kelas yang sama. Walaupun latar belakang keluarga masing-masing sangat berbeza, itu tidak menjadi halangan persahabatan 3 serangkai ini bertaut erat...........


Rabu, Februari 23, 2011

Abang, Adik dan Ayam-BICARA BUKU

Tajuk Buku:
Abang, Adik dan Ayam

Penulis:
Ezee Rahmani

Pengkelasan Dewey:
899

Ulasan/Sinopsis:
"Apa jawatan saya?" tanya balqis mengakhiri lamunan spontannya sambil memerhati abangnya menutup buku catatan projek ayam mereka.
"Jawatan kamu ialah pengurus!"
"Abang sebagai pengarah"
Balqis mencebik. "Jawatan abang lebih tinggi!"
"Tentulah! Abang yang buat semua kertas kerja dan bina sangkar aya.. Beli makanan ayam. memang layak jadi pengarah.................."

************************

Isnin, Februari 21, 2011

Weather Watch-BICARA BUKU

Tajuk:
Weather Watch

Penulis:
Katy Pike

 Penerbit:
MBC

Sesuai sebagai bahan bacaan murid-murid Tahap 1.
Banyak menceritakan tentang keadaan cuaca.
Diselitkan dengan gambar-gambar warna warni yang menarik.

Rabu, Februari 09, 2011

505 Kata Banyak Makna-BICARA BUKU

Tajuk:
505 Kata Banyak Makna
KBSR dan KBSM

Penulis:
Bahasa Othman
Siti Nor Yaacob


Penerbit:
E.D.U

Pengkelasan Dewey:
499.3



Sinopsis:
Bagaimana buku ini dapat membantu anda?

* terdapat lebih daripada 500 kata banyak makna.
* makna yang cukup jelas dan menyakinkan murid untuk memahami.
* pengunaan ayat contoh mengikut tahap KBSR dan KBSM
* lebih daripada 150 ilustrasi yang menarik untuk mengukuhkan pemahaman murid.

**************************

Rabu, Januari 26, 2011

Dia Istimewa -BICARA BUKU

Tajuk:
Dia Istimewa

Penulis :
Ainin Naufal

Penerbit:
PTS

Pengkelasan Dewey:
899.23


Sinopsis:
Dia terlalu naif
Dia tidak lancar membaca.
Dia gagal dalam peperiksaan.
Dia dipandang rendah oleh ayahnya.
Dia mangsa buli kakak dan abangnya...
Tetapi.......
Ada sesuatu yang membuatkan dia istimewa.....

Rabu, Disember 22, 2010

Pak Pandir Menjadi Raja Mambang- Bicara Buku

Tajuk Buku:
Pak Pandir Menjadi Raja Mambang

Penerbit :
Maxim

Pengkelasan Dewey:
Fiksyen Bahasa Melayu


Sinopsis:
Pak Pandir yang pergi ke hutan untuk memikat burung. Pak Pandir telah diterbangkan oleh burung yang ditangkapnya ke udara. Akhirnya pak pandir telah jatuh ke atas bumbung istana Sultan Alam Shah. Pak Pandir menyamar sebagai Raja Mambang.Pak Pandir nyaris berkahwin dengan puteri Sultan Alam Shah.

Rabu, Oktober 27, 2010

The Story of Bumi and Suri - Bicara Buku

Tajuk Buku:
The Story of Bumi and Suri

Penerbit:
Pelangi

Pengkelasan Dewey:
Fiksyen Bahasa Inggeris


Sinopsis:
A yong man named Bumi befriended and married Suri a fairy. They lived a happy life until one day when Suri had to leave Bumi and their son, Jura.
Why did Suri leave her family? Would Bumi and Jura be together with Suri again?...


Long Ago in Asia...is a unigue collection of traditional tales from the various countries is reflected in the tales and will definitely make the series a good read.

Sabtu, Oktober 23, 2010

Kamus Bergambar - Bicara Buku

Tajuk Buku:
Kamus Bergambar
Edisi ke 5
2009

Penerbit:
OXFORD FAJAR

Pengkelasan Dewey:
413.99


*Rujukkan terbaik untuk kanak-kanak jenerasi baru.
*Sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah yang mempelajari tulisan jawi dan bahasa arab.
*Entri yang lengkap dengan pemilihan perkataan yang sesuai.
*Ilustrasi yang menarik penuh warna warni.

Rabu, Ogos 25, 2010

The Fun Fair - Bicara Buku

TAJUK:
THE FUN FAIR

PENULIS:
ALISON HAWES

PENERBIT:
MINDA CERIA RESOURCES

PENGKELASAN DEWEY:
791.1

sinopsis:
A fun fair has arrived in Wellington Square. Ben, Rocky and kevin want to have fun, but Kevin keeps on getting into trouble.

Isnin, Ogos 16, 2010

Terlebih Makan - Bicara Buku

TAJUK BUKU:
TERLEBIH MAKAN

PENULIS:
ASHADI ZAIN

PENERBIT:
PTS

PENGKELASAN DEWEY:
899.23


Sipnosis cerita:

Sabtu, Ogos 07, 2010

Petua Segala Petua - Bicara Buku

Tajuk Buku :
Petua Segala Petua

Penulis:
Normila kamal

Penerbit:
Darul Nu'man

Sinopsis:
Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Tidak ada penyakit yang tiada ubat atau cara mengatasinya. Selain daripada perubatan moden, terdapat juga perubatan tradisional yang digunakan oleh nenek moyang kita dan menjadi amalan turun temurun.
Masih ramai yang tidak tahu cara-cara mudah bagi menyelesaikan masalah-masalah enteng seperti bagaimana cara membersihkan rumah, kecantikan diri , penyediaan makanan, panduan kesihatan dan sebagainya.

Khamis, Ogos 05, 2010

Apa Akan Anda Lakukan?-Bicara Buku

Mulai hari ini saya akan cuba untuk masukan sesi Bicara Buku. Saya akan berikan sinopsis buku-buku menarik yang berada di dalam PSS Sk Parit Kasan. Tujuannya untuk berkongsi maklumat disamping menggalakkan muri-murid membaca.

TAJUK BUKU: Apa Akan Anda Lakukan?
PENULIS: Sia leng Suan.
PENERBIT: Marshall Cavendish.
PENGKELASAN DEWEY: 618 (Teknologi)

Sinopsis :
Panduan kanak-kanak dalam keadaan kecemasan dan luar jangkaan. Menyediakan panduan dan pengetahuan pertolongan cemas yang akan dapat memandu anak-anak kita dalam menangani keadaan kecemasan. Dengan pengetahuan ini, mereka berupaya untuk bertindak dengan pantas dan berkesan.

catatan-Pn Nor Zakiah Abdullah-nZa-