Pages

Plezzz, click!!!

Isnin, Januari 10, 2011

Watikah Perlantikan Pengawas Disiplin, Pengawas Perpustakaan & Ketua/Penolong Kelas 2011

Isnin 10.1.2011- Watikah Perlantikan untuk Pengawas Disiplin, Pengawas Perpustakaan, Ketua/Penolong ketua Kelas telah di adakan hari ini.
Seramai 25 orang pengawas didiplin, 25 orang pustakawaan, 6 orang ketua kelas dan 6 orang penolong ketua kelas menerima perlantikan.
Bacaan ikrar serahan tugas telah dibaca oleh Ketua Pengawas Adik Nur Muhammad B Zulkarnain dihadapan barisan guru-guru SKPK.


penyampaian watikah oleh
Pn Hjh Munah Bt Abdul Majid kepada pengawas disiplin



pengawas perpustakaan@ pustakawaan


ketua dan penolong ketua kelas


bacaan ikrar oleh
Ketua Pengawas Adik Nur Muhammad B Zulkarnain


**************************

Ahad, Januari 09, 2011

Program Membudayakan Al-Quran 2011

Jumaat 7.1.2011 - Program membudayakan Al-Quran diteruskan setiap hari Jumaat bermula 7.15. pagi hingga 7.45 pagi.

Murid Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) membaca surah-surah lazim dibawah bimbingan Ustazah Hazlina Bt Hussin ,Ustazah Rosniza Bt Md Noor dan beberapa orang guru.

Murid-murid Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6) membaca ayat-ayat suci Al-Quran beserta tafsiran dan diselang seli dengan bacaan surah yasin pada minggu berikutnya. Mereka dibimbing oleh Cikgu Ismail B Mohamed dan Ustazah Zainura Bt Husin dan dibantu oleh guru-guru SKPK.

murid Tahap 1 menjalankan program dikelas masing-masing manakala Tahap 2 menjalankan program ini di kantin sekolah...

************************

Jumaat, Januari 07, 2011

Taklimat Unit Beruniform dan Kelab/Persatuan Pertama sesi 2011

Rabu 5.1.2011- Perjumpaan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan diadakan di kantin SKPK semalam. Antara yang terlibat ialah murid Tahap 2 dan Tahun 3.

Kelab/Persatuan :
-Kelab Keselamatan Jalan Raya - Cikgu Mahani Bt Jais
-Persatuan Kesenian dan Kebudayaan- Teacher Norzalena Bt Nordin
-Persatuan Matematik dan Sains-Teacher Nor'aini Bt Md Dom
-Persatuan Agama Islam-Ustazah Zainura

Unit Beruniform
-Pengakap-Cikgu Hamdan B Gendut
-Persatuan Puteri Islam-Cikgu Nor Zakiah Bt Abdullah


*murid-murid yang terlibat sedang mendengar taklimat daripada
Cikgu Khudhairi B Jais- GPK KO

*Cikgu Khudhari B Jais sedang menyampaikan taklimat kepada murid-murid
*Antara guru-guru yang terlibat.

**********************************