Pages

Plezzz, click!!!

Isnin, Mac 22, 2010

Perlawanan Bola Jaring 2010

Isnin 22.3.2010- Perlawanan Bola Jaring Peringkat Daerah telah diadakan di SK Ledang.
SKPK layak hingga ke peringkat suku akhir.
Pasukan bola jaring SKPK.

dari kiri : Pn Nor'aini Bt Md Dom(guru pengiring),
Pn Mahani bt Jais dan Pn Nur Anisza bt Md Dali(jurulatih)
dan En Khudhairi B Jais(GPK-KO)

Jumaat, Mac 12, 2010

KARNIVAL SAINS ZON BKT GAMBIR 2010

Rabu 9.3.2010 - Karnival Panitia Sains peringkat Zon Bukit Gambir telah diadakan di SK Serom 8. Sebanyak 18 buah sekolah telah menyertai karnival ini. SKPK telah menghantar seramai 4 orang peserta bagi pertandingan kuiz iaitu Muhammad Ammar B Ali, Muhammad Amir Imran B Yahya, Muhammad Arif B Mohd Nadzeri dan Khairun Najihah Bt Hai Rozzaman.

SKPK telah merangkul Naib Johan dan akan mewakili Zon Bukit Gambir ke peringkat daerah yang akan diadakan di SK Bukit Pasir pada 27.3.2010.dari kiri : Khairun Najihah, M.Amir, M.Ammar dan M.Arif

Khamis, Mac 11, 2010

KEMUNCAK KEJOHANAN OLAHRAGA 2010

Khamis 11.03.2010-
Hari kemuncak Kejohanan Olahraga kali ke 13 SKPK 2010 telah berlangsung dengan meriahnya di padang Sekolah Agama Parit Kasan. Kejohanan Olahraga diadakan di SAPK memandangkan padang SKPK terlibat dengan pembinaan bangunan baru.
Walaupun acara kejohanan dijalankan dalam serba sederhana tetapi tetap meriah. Para jemputan terdiri daripada
En Padil B Md Amin (YDP PIBG),
Tn Hj Mohd Janis B Abu Bakar (NYDPPIBG),
AJK PIBG,
guru-guru SAPK dan para ibu bapa.

Perarakan Pasukan yang Mengambil Bahagian

Bacaan Doa-
Adik Muhd Kamaluddin B Mohd Janis

Bacaan Ikrar
Adik Muhd Amar B Ali

Acara-acara yang dipertandingkan

Acara Pra Sekolah
60 M dan Sukaneka
Acara yang dipertandingkan
-60M (L/P-Tahun 1,2,3,4,5,6)
-Lari berganti-ganti 8X60M
-L/P-Thn 1/2, Thn 3/4, Thn 5/6

Penyampaian Hadiah

Johan Keseluruhan
2 Tahun berturut disandang oleh
Pasukan Hijau

Adik Muhd Firdaus B Anuar
selaku Pengerusi Pasukan Hijau
menerima piala pusingan sumbangan
Mantan Guru Besar SKPK
Pn Hjh Noraini Hayati Bt Hj Ahmad

*gambar sumbangan dari FB wakjaman(TQVM)

Pasukan Hijau
berkongsi kegembiraan bersama guru pemimpin mereka
En Ali b HassanMuhali,
Pn Zainab Bt Mohamad,
Pn Nor Zakiah Bt Hj Abdullah
dan
Pn Rahmah Bt Kandir

selepas diumumkan
Johan Keseluruhan Kejohanan
2 tahun berturut-turut.