1. Apakah maksud "Tulang Buku" ?
2. Apakah yang dicetak pada "Tulang Buku" ?
3. Di manakah letaknya pengkelasan Dewey?
4. Apakah buku yang telah anda baca?
4.1-Tajuk buku
4.2-Penerbit
4.3-Penulis
4.4-Nilai-nilai murni
4.5-Apakah yang dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian.
Plezzz, click!!!
Selasa, Januari 31, 2012
Isnin, Januari 30, 2012
CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN
KERTAS KERJA TAKLIMAT PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN
SK PARIT KASAN
1. PROGRAM : Sambutan Bulan Kemerdekaan
2. AKTIVITI : Taklimat
3. MATLAMAT : Untuk membantu melahirakan warga sekolah yang cintakan
negara dan menghargai jasa pemimpin-pemimpin negara.
4. OBJEKTIF : Pada akhir program, warga sekolah dapat :
4.1 Berbangga menjadi rakyat Malaysia dan berusaha menjaga
kedaulatannya
4.2 Memelihara dan mejaga keharmonian masyarakat sekolah dan
kampung
kampung
.
5. TARIKH : 30 Ogos ......
6. KUMPULAN
SASARAN : Warga Sekolah Kebangsaan Parit Kasan
7. AKTIVITI KECIL : Minggu Patriotik
8. JAWATAN KUASA
PROGRAM : rujuk lampiran 1
9. SUMBER KEWANGAN : Peruntukan Panitia Bahasa Melayu , Panitia Muzik, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan.
10.STRATEGI PELAKSANAAN :
10.1 Kertas cadangan
10.2 Perbincangan bersama pihak pentadbir
10.3 Menyediakan dokumen berkaitan.
10.4 Mengadakan taklimat
10.5 Membuat laporan
11. PENUTUP
Diharapkan dengan adanya program ini murid dapat menanamkan sikap cintakan tanah air dan berbangga menjadi rakyat Malaysia di samping berusaha menjaga kedaulatannya serta memelihara dan mejaga keharmonian masyarakat sekolah dan kampung.
Disediakan oleh :
……………………………………….
(PN NOR ZAKIAH BT ABDULLAH)
Guru Perpustakaan dan Media
Disemak oleh :
………………………………………..
(TN HJ MOHAMAD B MD AMIN)
GPK 1
Disahkan oleh :
……………………………………..
(PN HJH NIK FAUZIAH BT NIK YUSOH)
Guru Besar
Selasa, Januari 24, 2012
SOALAN LAZIM -INTERVIEW CALON TOKOH NILAM
Soalan-soalan lazim Calon Tokoh NILAM
1. Penulis yang anda minati?
-Shahnum Ahmad
2. Jika diberi peluang hidup bersama penulis, apakah yang akan anda
Lakukan?
- Saya akan cuba sebanyak mungkin belajar dari beliau.
- Saya akan bertanya tentang pengalaman beliau sedari kecil hingga berjaya bergelar penulis.
- Saya akan cuba mendekati dan belajar dari ppengalaman beliau.
3. Pernahkah anda menonton drama TV?
-Pilih antara menonton TV atau membaca buku. Beri pendapat anda?
Saya lebih suka menonton TV kerana:
a. Saya dapat menonton berbagai-bagai rancangan yang saya sukai.
b. Disamping itu, bila menonton TV, ianya disiarkan bersama gambar-gambar dan animasi yang menarik. Dengan itu ia dapat memudahkan saya memahami apa yang disampaikan.
c. Dengan menonton TV juga dapat eratkan ikatan kekeluargaan kerana biasanya saya menonton TV bersama ahli keluarga sambil berkongsi pendapat.
d. TV juga dapat menenangkan fikiran saya setelah seharian belajar..
4. Peranan Anda sebagai salah seorang Rakan Pembaca membantu rakan-
rakan:
a. Meminjamkan buku yang saya miliki kepada rakan-rakan.
b. Mengajak kawan-kawan untuk membaca bersama-sama sewaktu rehat, waktu terluang atau semasa ketiadaan cikgu.
c. Saya akan bercerita kepada kawan-kawan berkaitan buku-buku menarik yang telah saya baca.
5. NILAM : Nadi Ilmu Amalan Membaca
6. Jelaskan NILAM dapatkan tingkatkan Prestasi.
-Untuk dapat Anugerah atau sijil NILAM, saya perlu banyak membaca.
Jika banyak membaca, maka saya dapat banyak ilmu pengetahuan dari
buku yang saya baca…
SOALAN BERKAITAN DENGAN BUKU
1. Apakah perbezaan No Perolehan dan No Pengkelasan
-No Perolehan ialah bilangan buku yang telah diterima oleh
perpustakaan.
-No Perolehan di tampal di bahagian atas disebelah kanan buku.
-No Pengkelasan ialah pengkelasan Dewey.
-Pengkelasan Dewey untuk menentukan jenis-jenis buku.
Contoh : 400 = Bahasa
800 = Kesusasteraan
2. Di manakah cop perolehan?
-di hadapan m/s pertama.
3. Cara paling mudah mencari buku di PSS?
-mengikut pengkelasan dewey.
4. 3 ciri asas sebuah buku:
-Tajuk
-Penerbit
-Penulis
5. Kesan daripada pembacaan novel pada diri anda.
-kalau novel sedih, saya akan rasa sedih.
-kalau novel berkaitan dengan motivasi, saya turut bersemangat.
Contoh, menjadi pelajar yang cemerlang, saya perlu berusaha.
Isnin, Januari 23, 2012
Ahad, Januari 22, 2012
Sabtu, Januari 21, 2012
TEMUDUGA CALON NILAM PERINGKAT ZON
TARIKH:
20.1.2012
HARI:
JUMAAT
MASA:
3.00 -4.30 PETANG
TEMPAT:
PKG SEROM
CALON SKPK:
FARAH NAURAH BINTI MAHMUD
Jumaat, Januari 20, 2012
PENGKELASAN DEWEY
PENGKELASAN DEWEY
000 - Karya Am (melebihi satu perkara)
100 - Falsafah
200 - Agama
300 - Sains kemasyarakatan
400 - Bahasa
500 - Sains Tulen
600 - Teknologi
700 - Kesenian
800 - Kesusasteraan
900 - Geografi, Pengembaraan, Sejarah dan Biografi
010 Bibliografi dan katalog
020 Sains Perpustakaan dan Maklumat
030 Ensiklopedia am
040 (Belum ditentukan perkaranya)
050 Terbitan berkala am
060 Pertubuhan am
070 Kewartawanan penerbitan akhbar
080 Koleksi karya am
090 Manuskrip dan buku nadir
110 Wujudiah/metafizik
120 Ilmu, sebab, tujuan, manusia
130 Psikologi biasa dan ghaib
140 Pendapat falsafah tertentu
150 Psikologi
160 Ilmu Mantik
170 Etika (akhlak)
180 Falsafah Timur
190 Falsafah Barat
210 Agama Alamiah
220 Kitab Injil
230 Asas ajaran Kristian
240 Moral dan Ibadat Kristian
250 Teologi misi dan kepaderian
260 Aspek sosial dan hal-ehwal Kristian
270 Sejarah dan Geografi gereja
280 Mazab dan puak Kristian
290 Agama-agama lain
300 SAINS KEMASYARAKATAN
310 Perangkaan
320 Sains Politik
330 Ekonomi
340 Undang-undang
350 Pentadbiran awam
360 Masalah dan perkhidmatan sosial
370 Pendidikan
380 Perniagaan dan perhubungan Perdagangan
390 Adat resam dan budaya rakyat
510 Matematik
520 Astronomi dan sains berkaitan
530 Fizik
540 Kimia dan Sains berkaitan
550 Sains bumi dan dunia-dunia lain
560 Kaji fosil
570 Sains hayat
580 Sains tumbuhan
590 Sains haiwan
610 Sains perubatan
620 Kejuruteraan dan pengendalian dan berkaitan
630 Pertanian dan teknologi berkaitan
640 Sains rumahtangga
650 Perkhidmatan pengurusan
660 Teknologi kimia dan berkaitan
670 Perusahaan
680 Perusahan untuk penggunaan tertentu
690 Bangunan
710 Seni taman dan budaya
720 Senibina
730 Arca
740 Lukisan dan hiasan
750 Cat dan catan
750 Seni grafik
770 Seni foto
780 Muzik
790 Seni hiburan dan lakonan
810 Kesusasteraan Amerika
820 Kesusasteraan Inggeris
830 Kesusasteraan Jerman
840 Kesusasteraan Perancis dan sebagainya
850 Kesusasteraan Itali, Rumania dan sebagainya
860 Kesusasteraan Sepanyol, Pertugis
870 Kesusasteraan Latin, Italic
880 Kesusasteraan Yunani
890 Kesusasteraan bahasa-bahasa lain
910 Geografi Am dan lawatan
920 Biografi am dan salasilah
930 Sejarah am dunia purba
940 Eropah
950 Asia
960 Afrika
970 Amerika Utara
980 Amerika Selatan
990 Bahagian dunia yang lain
Khamis, Januari 19, 2012
SEKAPUR SIRIH GURU BESAR-FOLIO CALON TOKOH NILAM 2012
SEKAPUR SIRIH
GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk merakamkan sepatah dua kata di ruangan ini.
Sebagaimana yang kita tahu Program NILAM merupakan salah satu cabang untuk menarik minat membaca dikalangan pelajar untuk sentiasa mendampingi buku.
Sebagai seorang ketua di sini, saya telah menyusun berbagai-bagai Program Galakan membaca di kalangan pelajar di sini dengan bantuan dari rakan-rakan guru yang lain..
Saya mengucapkan Tahniah kepada Farah Naurah yang tercalon untuk pemilihan TOKOH NILAM peringkat sekolah dan seterusnya keperingkat Zon dan Daerah.. Saya amat berharap agar pelajar yang terpilih ini akan terus menjadikan buku sebagai salah satu teman yang paling rapat.
Akhir kata, saya mendoakan agar Farah Naurah berjaya mengharumkan nama sekolah dan menjadi murid contoh kepada rakan-rakannya di sini.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
PUAN HAJAH NIK FAUZIAH BT NIK YUSOH
Guru Besar,
SK Parit Kasan.
Rabu, Januari 18, 2012
Isnin, Januari 16, 2012
Ahad, Januari 15, 2012
SEKAPUR SIRIH-FOLIO CALON TOKOH NILAM 2012
SEKAPUR SIRIH CALON TOKOH NILAM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..
Segala puji-pujian bagi ALLAH , Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga serta sahabat-sahabat baginda.
Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi kerana saya terpilih sebagai calon Tokoh NILAM SKPK. Saya rasa amat berbesar hati dan berbangga dengan pemilihan yang tidak diduga ini.
Saya berjanji akan lakukan yang terbaik. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, guru besar, guru-guru saya terutamanya Cikgu Anis yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk membaca buku di perpustakaan sejak saya di Tahun 1 lagi. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang sering bersama saya untuk membaca bersama-sama semasa waktu lapang.
Dikesempatan ini saya menyeru kepada rakan-rakan agar menjadikan buku sebagai “RATU HATI” dan “TEMAN SEJATI” kerana buku itu “JAMBATAN ILMU” pada kita.
Akhir kata, saya berharap agar saya terus berjaya dan tidak akan jemu untuk menjadikan buku teman hidup saya….
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
FARAH NAURAH BINTI MAHMUD
Tahun 6A,
SKPK
Sabtu, Januari 14, 2012
Jumaat, Januari 13, 2012
CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM 5 MINIT MEMBACA BERSAMA
PROGRAM GALAKAN MEMBACA
KERTAS KERJA PROGRAM 5 MINIT MEMBACA BERSAMA
KERTAS KERJA PROGRAM 5 MINIT MEMBACA BERSAMA
PERINGKAT SEKOLAH
1. Nama Program :
”5 MINIT MEMBACA BERSAMA”
2. Latar belakang program
Program 5 minit Membaca Bersama termasuk dalam ProgramGerakan Tabiat membaca. Ia merupakan salah satu aktiviti utama Kementeri Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.
Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program dan aktiviti gerakan tabiat membaca akan dilaksanakan sepanjang masa.
3. Tema :
”MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN SEMUA”
- Matlamat
Memupuk minat membaca dan cintakan buku dikalangan murid-murid.
5. Objektif Penganjur
5.1 Meningkatkan minat membaca di kalangan warga SKPK terutama murid-murid.
5.2 Beri pendedahan kepada warga SKPK mengenai adanya Program 5 min Membaca Bersama.
5.3 Memberi peluang kepada terutama murid untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perbukuan.
5.4 Memberi peluang kepada murid untuk mengenali penulis-penulis buku tersohor
dan menjadikan penulis tersebut sebagai model.
6.Kumpulan Sasaran
Seluruh warga SKPK terutama murid-murid SKPK
7. Perlaksanaan
7.1 Masa – 7.00 pagi hingga 7.15 pagi
7.2 Tempat – Tapak Perhimpunan
7.3 Jangkamasa – 3 hari seminggu sepanjang tahun
7.4 Aktiviti – membaca bersama rakan-rakan seama 15 minit setiap hari
Selasa, Rabu dan Khamis
8. Tarikh perlaksanaan
Januari hingga November
9.Strategi perlaksanaan
1. Bina kertas kerja
2. Perbincangan dalam Mesyuarat Guru.
3. Perbincangan bersama pengerusi panitia BM, PSV, B.Arab dan AJK
4. Perlaksanaan program
5. ”Post Mortem” dan Penyediaan laporan
6. Hantar laporan ke pejabat.
10. Anggaran Kos
-tiada-
11. Ahli Jawatankuasa Program –Rujuk lampiran
12. Pelan Tindakan/Jadual Kerja :
Bil |
Khamis, Januari 12, 2012
Selasa, Januari 10, 2012
MINIT MESYUARAT PSS KALI 1 2012
MINIT MESYUARAT AJK PUSAT SUMBER
KALI PERTAMA SESI 2012
SK PARIT KASAN
Tarikh : 5.1.2012
Masa : 3.40 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran :
Pn Hjh Nik Fauziah Bt Nik Yusoh (Guru Besar)
Tn Hj Mohamad B Md Amin (GPK-1)
Pn Ramasiah Bt Kadir (GPK Hem)
En Khudhairi B Jais (GPK KO)
Pn Nor Zakiah bt Hj Abdullah ( GPM )
En Ismail B Mohd
Pn Mahani Bt Jais
Pn Masleeyaton Bt Yusuf
Pn Norzalena bt Nordin
Pn Zainab bt Ismail
Cik Azalina Bt Kassim
En Hamdan B Gendot
Pn Hazlina Bt Hussin
Pn Rahmah Bt Kandir
Pn Halizah Bt Kadri
Agenda Mesyuarat
1.Ucapan alu-aluan Pengerusi majlis
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir
1.2 Ucap terima kasih di atas kerjasama AJK
1.3 Berharap mendapat kerjasama seterusnya daripada AJK
Lantikan Jawatan Kuasa Kerja
Penasihat : Pn Hjh Nik Fauziah Bt Nik Yusoh
Pengerusi : Pn Nor Zakiah bt Hj Abdullah
Setiausaha : Pn Rahmah Bt Kandir
(Penyelaras Nilam)
Bendahari : Pn Zainab Bt Ismail
(Penyelaras BBM)
AJK : En Ismail B Mohd
( Penyelaras TV Pendidikan)
Pn Norzalena bt Nordin ( Keceriaan )
En Hamdan B Gendut
2. Pemantauan
2.1 Pemantauan dari PKG pada 11.1.2012 hari Rabu.
3. Program Nilam
3.1 Guru Kelas
-Mohon kerjasama daripada guru kelas terutama
Guru matapelajaran B.Melayu dan B.Inggeris
- Galakan murid membuat catatan di dlm buku Program Nilam.
- Ibu bapa dibenarkan tanda tangan buku Nilam
- Sijil dan cenderahati galakan akan diberikan
3.2 Tokoh NILAM Sekolah
-Calon telah dipilih sejak di Tahun 1
-Borang penyertaan dihantar sebelum atau pada 20.1.2012
4 Pinjaman buku.
4.1 Pinjaman dilanjutkan tempoh
A-murid
* pustakawaa = 7 hari
* murid biasa = 5 hari
B-guru = 30 hari
4.2 guru sila buat catatan setiap pinjaman buku rujukan.
5. Program Galakan Membaca
2.1 Bergabung dengan 3 Panitia iaitu BM, BI dan AG
2.2 Antara Program yang diadakan:
2.2.1-Membaca 5 minit bersama
2.2.1-Membaca 5 minit bersama
a. Akan dijalankan mengikut Panitia
b. Program berjalan sepanjang tahun
c. Bermula pada 7.00 pagi hingga 7.15 pagi
d. Semua murid terlibat.
2.2.2-Bulan Bahasa (BM/BI)
2.2.3-Kem Membaca
-Hari Buku dll
5 Program Pertandingan
- dianjurkan setiap bulan
- ikut Panitia
- hadiah dari jualan borang.
6 Pinjaman Alatan PSS
- Pn Zainab sebagai dilantik sebagai Penyelaras BBM
- Setiap guru perlu buat catatan
- Susun semula ditempat yang telah dilabelkan
7. Catatan
-Setiap guru yang membawa murid perlu membuat catatan di dalam buku.
-Pinjaman CD-CD, buku-buku rujukan dsbnya.
8. TV pendidikan @ Astro
- Buat catatan dalam buku penggunaan
- Murid boleh dibawa bila-bila masa atau semasa guru ganti.
- Alat kawalan Jauh TV Astro alami kerosakan.
9. Giliran bertugas
9.1 Setiap guru perlu bertugas mengikut giliran.
9.2 Setiap guru yang bertugas perlu memantau PSS.
9.3 Guru bertugas perlu tanda tangan jadual bertugas.
10. Hal-hal lain.
-Minta jasa baik semua guru BM dan BI untuk menjayakan Program Nilam.
-Kerjasama untuk keceriaan PSS.
-Bajet perbelanjaan akan diserahkan kepada guru besar untuk disahkan.
· rujuk lampiran.
Mesyuarat ditangguhkan pada 5.15 petang
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………………………… ………………
(NOR ZAKIAH BT ABDULLAH) GURU BESAR
SK PARIT KASAN
Isnin, Januari 09, 2012
PEMANTAUAN PERTAMA PSS SESI 2012
TARIKH :
9.1.2012
HARI :
ISNIN
MASA:
10.45 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI
PEMANTAU:
EN RAHMAN B MD AMIN
EN ISA B SUDAR
Sabtu, Januari 07, 2012
PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN DENGAN NAZIR 2012
TARIKH:
4.1.2012
HARI:
RABU
MASA:
SESI PERTAMA : 7.00 PAGI HINGGA 1.10 PETANG
SESI KE 2 : 2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2012
TARIKH:
4.1.2012
HARI:
RABU
Ucapan ringkas guru bertugas-Cikgu Masleeyaton Bt Yusuf
Taklimat ringkas dari GPK-Hem-Cikgu Ramasiah Bt Kadir
Taklimat ringkas dari Guru Besar-Hjh Nik Fauziah Bt Nik Yusoh
Murid-murid SKPK sesi 2012
Hari Pertama : 1 murid 1 meja 1 kerusi. Pembelajaran dan Pengajaran bermula walaupun
sekolah kekurangan 4 orang guru....
Langgan:
Catatan (Atom)