Pages

Plezzz, click!!!

Jumaat, Mei 22, 2009

Sambutan Hari Guru 18.5.09

Isnin 18.5.2009 - Perayaan Hari Guru disambut peringkat SKPK.. Berbagai aktiviti telah dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perhimpunan khas sempenan Hari Guru 2009(membaca perutusan Hari Guru oleh Guru Besar dan GPK 1) , bacaan ikrar guru , nyanyian lagu " Guru Malaysia ", sukaneka , permainan bola sepak (murid dan guru lelaki ) dan bola tampar(murid dan guru perempuan) , pertukaran hadiah dan sebagainya. Sebelum majlis berakhir, murid-murid menerima sumbangan ais-krim dan gula-gula daripada guru-guru/staf SKPK.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU SELURUH NEGARA.

Pn Hjh Munah bt Abd Majid (GB) membaca perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia.

Tn Hj Mohamad B Md Amin (GPK 1) menyampaikan perutusan dari Pengarah Pelajaran Malaysia.

En Arifin B Kemin menyampaikan sebuah sajak bertajuk 'Buatmu Guru'.

Guru-guru SKPK membaca ikrar dan nyanyian lagu " Guru Malaysia ".

Perlawanan bola sepak antara guru/staf dan murid (guru/staf memakai kain batik )



Sukaneka yang melibatkan guru, staf dan murid-murid.

Pn Rahmah memberi penerangan kepada peserta sukaneka

Pemenang menerima hadiah


Murid beratur mengambil ais krim dan gula-gula.


Rabu, Mei 20, 2009

Program Kebakaran dan Keselamatan 11.4.2009 (Sabtu)

En Mustafa b Othman sebagai pengacara majlis.

Pn Hjh Munah Bt Abd Majid(GB) bergambar ditangga kereta bomba.

Gambar guru-guru dan staf bergambar kenang-kenangan dengan penceramah.

En Osman b Shahidan (GPK-Hem) mencuba memotong besi dengan peralatan bomba.

Pemenang hadiah kuiz tajaan Balai Bomba Tangkak.

Pn Hjh Munah bt Abd Majid (GB) menyampaikan cenderahati kepada penceramah.


Demontrasi memadamkan kebakaran oleh Pn Zainab bt Ismail (Guru).

Pegawai bomba dari Balai Bomba Tangkak memberi taklimat kebakaran.

En Osman B Shahidan (GPK-Hem) memberi taklimat.

Latihan Kebakaran

Staf SKPK : Cik Daliyah Bt Noor Rahman (Juruteknik ICT) & Cik Zanariah Bt Samad.


Hari Buku 27-30.4.2009

Program Hari Buku Peringkat Sekolah
Anjuran PSS dan Panitia BM


Tema
"MEMBACA MEMPERKAYA MINDA"

Latar belakang :
Pertubuhan Pendidikan ,Sains, dan Kebudayaan PBB (UNESCO) menetapkan 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyrights Day). 100 buah negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta yang melibatkan :
-promosi galakan membaca
-kegiatan penerbitan dan perbukuan
-perlindungan harta intelek melalui hak cipta

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) menyarankan agar Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2009 turut disambut pada peringkat sekolah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah berkaitan dengan pembacaan dan perbukuan bagi mengembangkan budaya membaca dalam kalangan pelajar di seluruh negara.

Objektif :
-meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat.
-beri pendedahan kepada masyarakat mengenai adanya hari untuk buku dan hak cipta yang diiktiraf oleh Badan Antarabangsa.
-memberi peluang kepada masyarakat terutama pelajar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perbukuan.
-memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali penulis-penulis tersohor dan menjadikan penulis tersebut sebagai model.


Gambar-gambar Aktiviti Program Hari Buku SKPK

1. Pn Nor Zakiah Bt Abdullah (GPM)-Penyelaras Program
2. Ucapan Guru Besar-Pn Hjh Munah.
3. Adik Nur Dini Irdina ( Tahun 1) menyampaikan sebuah cerita.
4.Barisan Guru SKPK.
5. Murid-murid.

6. Pertandingan mewarna Poster-Tahap 1
7. Pertandingan Buku Skrap
8. Membaca bersama.
9. Mengarang-Tahap 2

10.Pn Mahani bt Jais (Pengerusi Panitia BM) sebagai pengacara majlis.
11. Tn Hj Mohd B Md Amin(GPK 1) merasmikan majlis penutup program
12. Adik Aznur Azlin(Tahun 3) menyampaikan sebuah cerita

13.
14.
13. Pemenang Hadiah Melukis Poster
14. Anugerah Pembaca Terbanyak
Thp 1-Farah Naurah Bt Mahmud (701 buah)
Thp 2-Siti khairun Najihah bt hai Rozzaman (645 Buah)