Pages

Plezzz, click!!!

Selasa, Julai 18, 2023

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN, TANGKAK, JOHOR


         SEJARAH SK PARIT KASAN
Sekolah ini mula dibina pada tahun 1954 hasil dari sumbangan orang kampung yang sedar akan kepentingan sekolah kepada masyarakat. Hasil dari sumbangan yang berbentuk wang ringgit, bahan binaan dan juga tenaga, sebuah bangunan kayu beratapkan zink telah dapat didirikan dengan cara bergotong royong. 
           Tidak lama selepas itu kerajaan telah memberikan bantuan sejumlah RM1,960.00 dan hasilnya sebuah bangunan berukuran 70 kaki panjang dan 20 kaki lebar telah dapat disiapkan dan telah di rasmikan oleh Nazir Sekolah -Sekolah Melayu Muar pada 11 Januari 1955 dan sekolah ini telah dinamakan sebagai Sekolah Rakyat Parit Kasan dengan jumlah muridnya seramai 150 orang dan tenaga pengajar seramai 6 orang.
             Malangnya pada 1 April 1955 sekolah ini telah roboh kerana ditiup angin ribut. Bagaimanapun pengajaran dan pembelajaran tetap dijalankan di pondok-pondok yang dibina oleh orang kampong secara bergotong royong dengan bahan-bahan dari kayu gelam, buluh dan atap rembia yang didapati di sekeliling kampung. Dan pada 14 Ogos 1955 kerajaan telah membina semula sebuah bangunan baru. Bangunan baru ini telah di resmikan oleh En. Khalid Bin Hj. Ahmad selaku Guru Pelawat Sekolah-sekolah Pasukan Serom, Muar. Pada Tahun 1960 sekolah ini telah mendapat bantuan untuk pemasangan siling dan jaring besi.
         Setahun kemudian sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan dan diberikan taraf sekolah bantuan penuh kerajaan. Pada tahun 1963 sebuah bangunan yeng mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah pejabat telah dibangunkan. Bangunan  itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar ketika itu iaitu YAB Allahyarhan Dato' Haji Hasan Bin Yunos. Tidak lama selepas itu Ahli Parlimen kawasa Ledang YB Dato' Ngah Bin Abd. Rahman telah memberikan peruntukan sejumlah RM2,500.00 bagi pembesaran perpustakaan dan pemasangan elektrik.
        Pada tahun 1980, Kementerian Pendidikan telah memperuntukan sejumlah RM15,000.00 bagi pembinaan 3 buah tandas guru dan 4 buah tandas murid beserta 8 sinki basuh tangan. Di masa yang sama YB En. Embong Bin Yahya telah memberikan peruntukan untuk pembesaran perpustakaan kepada 40 kaki lebar dan 16 kaki panjang.

           Pada tahun 1988, sekolah ini sekali lagi telah mendapat peruntukan sejumlah RM350,000.00 dan hasilnya sebuah bangunan 2 tingkat  terdiri dari 3 buah bilik darjah, sebuah bilik solat, bilik wuduk, tandas murid, pejabat, bilik guru, perpustakaan bilik tayangan dan tandas guru telah disiapkan.

2 ulasan:

zaleha berkata...

Seronok membaca sejarah tempatan begini

Unknown berkata...

Nice..good job.cgrts👍👍