Plezzz, click!!!

Selasa, Januari 31, 2012

SOALAN LAZIM -INTERVIEW CALON TOKOH NILAM (2)

1. Apakah maksud "Tulang Buku" ?

2. Apakah yang dicetak pada "Tulang Buku" ?

3. Di manakah letaknya pengkelasan Dewey?

4. Apakah buku yang telah anda baca?
    4.1-Tajuk buku
    4.2-Penerbit
    4.3-Penulis
    4.4-Nilai-nilai murni
    4.5-Apakah yang dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian.

Isnin, Januari 30, 2012

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN

KERTAS KERJA TAKLIMAT PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN
SK PARIT KASAN

1. PROGRAM                         : Sambutan Bulan Kemerdekaan

2. AKTIVITI                           : Taklimat

3. MATLAMAT                      : Untuk membantu melahirakan warga sekolah yang cintakan  
                                                  negara dan menghargai jasa  pemimpin-pemimpin negara.

4. OBJEKTIF                         : Pada akhir program, warga sekolah dapat :
                                     4.1  Berbangga menjadi rakyat Malaysia dan berusaha menjaga  
                                           kedaulatannya
                                     4.2  Memelihara dan mejaga keharmonian masyarakat sekolah dan
                                           kampung
.
5. TARIKH                              :  30 Ogos ...... 

6. KUMPULAN
    SASARAN                          : Warga Sekolah Kebangsaan Parit Kasan

7. AKTIVITI KECIL               : Minggu Patriotik

8. JAWATAN KUASA
    PROGRAM                         : rujuk lampiran 1

9. SUMBER KEWANGAN : Peruntukan Panitia Bahasa Melayu , Panitia Muzik, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan.

10.STRATEGI PELAKSANAAN :
            10.1     Kertas cadangan
            10.2     Perbincangan bersama pihak pentadbir
            10.3     Menyediakan dokumen berkaitan.
            10.4     Mengadakan taklimat
            10.5      Membuat laporan

11. PENUTUP
            Diharapkan dengan adanya program ini murid dapat menanamkan sikap cintakan tanah air dan berbangga menjadi rakyat Malaysia di samping berusaha menjaga kedaulatannya  serta memelihara dan mejaga keharmonian masyarakat sekolah dan kampung.

Disediakan oleh   : 
……………………………………….
 (PN NOR ZAKIAH BT ABDULLAH)
Guru Perpustakaan dan Media

Disemak oleh :  
………………………………………..
(TN HJ MOHAMAD B MD AMIN)
GPK 1

Disahkan oleh :
 ……………………………………..
 (PN HJH NIK FAUZIAH BT NIK YUSOH)
Guru Besar

Selasa, Januari 24, 2012

SOALAN LAZIM -INTERVIEW CALON TOKOH NILAM

Soalan-soalan lazim Calon Tokoh NILAM

1. Penulis yang anda minati?
    -Shahnum Ahmad

2. Jika diberi peluang hidup bersama penulis, apakah yang akan anda
    Lakukan?
-         Saya akan cuba sebanyak mungkin belajar dari beliau.
-         Saya akan bertanya tentang pengalaman beliau sedari kecil hingga berjaya bergelar penulis.
-         Saya akan cuba mendekati dan belajar dari ppengalaman beliau.

3. Pernahkah anda menonton drama TV?
    -Pilih antara menonton TV atau membaca buku. Beri pendapat anda?
      Saya lebih suka menonton TV kerana:
a.      Saya dapat menonton berbagai-bagai rancangan yang saya sukai.
b.     Disamping itu, bila menonton TV, ianya disiarkan bersama gambar-gambar  dan animasi yang menarik. Dengan itu ia dapat memudahkan saya memahami apa yang disampaikan.
c.     Dengan menonton TV juga dapat eratkan ikatan kekeluargaan kerana biasanya saya menonton TV bersama ahli keluarga sambil berkongsi pendapat.
d.     TV juga dapat menenangkan fikiran saya setelah seharian belajar..

4. Peranan Anda sebagai salah seorang Rakan Pembaca membantu rakan-
    rakan:
a.      Meminjamkan buku yang saya miliki kepada rakan-rakan.
b.     Mengajak kawan-kawan untuk membaca bersama-sama sewaktu rehat, waktu terluang atau semasa ketiadaan cikgu.
c.     Saya akan bercerita kepada kawan-kawan berkaitan buku-buku menarik yang telah saya baca.

5. NILAM : Nadi Ilmu Amalan Membaca

6. Jelaskan NILAM dapatkan tingkatkan Prestasi.
    -Untuk dapat Anugerah atau sijil NILAM, saya perlu banyak membaca.
      Jika  banyak membaca, maka saya dapat banyak ilmu pengetahuan dari  
      buku yang saya baca…

SOALAN BERKAITAN DENGAN BUKU
1.     Apakah perbezaan No Perolehan dan No Pengkelasan
-No Perolehan ialah bilangan buku yang telah diterima oleh
  perpustakaan.
-No Perolehan di tampal di bahagian atas disebelah kanan buku.

-No Pengkelasan ialah pengkelasan Dewey.
-Pengkelasan Dewey untuk menentukan jenis-jenis buku.
 Contoh : 400 = Bahasa
800     = Kesusasteraan

2.     Di manakah cop perolehan?
-di hadapan m/s pertama.

3.     Cara paling mudah mencari buku di PSS?
-mengikut pengkelasan dewey.

4.     3 ciri asas sebuah buku:
-Tajuk
-Penerbit
-Penulis

5.     Kesan daripada pembacaan novel pada diri anda.
-kalau novel sedih, saya akan rasa sedih.
-kalau novel berkaitan dengan motivasi, saya turut bersemangat.
 Contoh, menjadi pelajar yang cemerlang, saya perlu berusaha.

Isnin, Januari 23, 2012

CARTA ORGANISASI J/KUASA RAKAN PEMBACA

CARTA ORGANISASI J/KUASA 
NILAM/RAKAN PEMBACA

Sabtu, Januari 21, 2012

TEMUDUGA CALON NILAM PERINGKAT ZON

TARIKH:
20.1.2012

HARI:
JUMAAT

MASA:
3.00 -4.30 PETANG

TEMPAT:
PKG SEROM

CALON SKPK:
FARAH NAURAH BINTI MAHMUD

Jumaat, Januari 20, 2012

PENYAMPAIAN SIJIL NILAM PERTAMA SESI 2012

TARIKH:
16.1.2012

HARI :
ISNIN

PERINGKAT:
GANGSA -TAHAP 1


PENGKELASAN DEWEY


PENGKELASAN DEWEY

000 - Karya Am (melebihi satu perkara)
100 - Falsafah
200 - Agama
300 - Sains kemasyarakatan
400 - Bahasa
500 - Sains Tulen
600 - Teknologi
700 - Kesenian
800 - Kesusasteraan
900 - Geografi, Pengembaraan, Sejarah dan Biografi


000 KARYA AM

010 Bibliografi dan katalog 
020 Sains Perpustakaan dan Maklumat 
030 Ensiklopedia am 
040 (Belum ditentukan perkaranya) 
050 Terbitan berkala am 
060 Pertubuhan am 
070 Kewartawanan penerbitan akhbar 
080 Koleksi karya am 
090 Manuskrip dan buku nadir




100 FALSAFAH

110 Wujudiah/metafizik 
120 Ilmu, sebab, tujuan, manusia 
130 Psikologi biasa dan ghaib 
140 Pendapat falsafah tertentu 
150 Psikologi 
160 Ilmu Mantik 
170 Etika (akhlak) 
180 Falsafah Timur 
190 Falsafah Barat




200 AGAMA

210 Agama Alamiah 
220 Kitab Injil 
230 Asas ajaran Kristian 
240 Moral dan Ibadat Kristian 
250 Teologi misi dan kepaderian 
260 Aspek sosial dan hal-ehwal Kristian 
270 Sejarah dan Geografi gereja 
280 Mazab dan puak Kristian 
290 Agama-agama lain




300 SAINS KEMASYARAKATAN

310 Perangkaan 
320 Sains Politik 
330 Ekonomi 
340 Undang-undang 
350 Pentadbiran awam 
360 Masalah dan perkhidmatan sosial 
370 Pendidikan 
380 Perniagaan dan perhubungan Perdagangan 
390 Adat resam dan budaya rakyat




500 SAINS TULEN

510 Matematik 
520 Astronomi dan sains berkaitan 
530 Fizik 
540 Kimia dan Sains berkaitan 
550 Sains bumi dan dunia-dunia lain 
560 Kaji fosil 
570 Sains hayat 
580 Sains tumbuhan 
590 Sains haiwan




600 TEKNOLOGI

610 Sains perubatan 
620 Kejuruteraan dan pengendalian dan berkaitan 
630 Pertanian dan teknologi berkaitan 
640 Sains rumahtangga 
650 Perkhidmatan pengurusan 
660 Teknologi kimia dan berkaitan 
670 Perusahaan 
680 Perusahan untuk penggunaan tertentu 
690 Bangunan




700 KESENIAN

710 Seni taman dan budaya 
720 Senibina 
730 Arca 
740 Lukisan dan hiasan 
750 Cat dan catan 
750 Seni grafik 
770 Seni foto 
780 Muzik 
790 Seni hiburan dan lakonan




800 KESUSASTERAAN

810 Kesusasteraan Amerika 
820 Kesusasteraan Inggeris 
830 Kesusasteraan Jerman 
840 Kesusasteraan Perancis dan sebagainya 
850 Kesusasteraan Itali, Rumania dan sebagainya 
860 Kesusasteraan Sepanyol, Pertugis 
870 Kesusasteraan Latin, Italic 
880 Kesusasteraan Yunani 
890 Kesusasteraan bahasa-bahasa lain




900 GEOGRAFI DAN SEJARAH AM

910 Geografi Am dan lawatan 
920 Biografi am dan salasilah 
930 Sejarah am dunia purba 
940 Eropah 
950 Asia 
960 Afrika 
970 Amerika Utara 
980 Amerika Selatan 
990 Bahagian dunia yang lain

Khamis, Januari 19, 2012

SEKAPUR SIRIH GURU BESAR-FOLIO CALON TOKOH NILAM 2012

SEKAPUR SIRIH
GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk merakamkan sepatah dua kata di ruangan ini.

Sebagaimana yang kita tahu Program NILAM merupakan salah satu cabang untuk menarik minat membaca dikalangan pelajar untuk sentiasa mendampingi buku.
Sebagai seorang ketua di sini, saya telah menyusun berbagai-bagai Program Galakan membaca di kalangan pelajar di sini dengan bantuan dari rakan-rakan guru yang lain..

Saya mengucapkan Tahniah kepada Farah Naurah yang tercalon untuk pemilihan TOKOH NILAM peringkat sekolah dan seterusnya keperingkat Zon dan Daerah.. Saya amat berharap agar pelajar yang terpilih ini akan terus menjadikan buku sebagai salah satu teman yang paling rapat.

Akhir kata, saya mendoakan agar Farah Naurah berjaya mengharumkan nama sekolah dan menjadi murid contoh kepada rakan-rakannya di sini.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.


PUAN HAJAH NIK FAUZIAH BT NIK YUSOH
Guru Besar,
SK Parit Kasan.

Isnin, Januari 16, 2012

CARTA ORGANISASI INDUK PSS

CARTA ORGANISASI INDUK PSS

Ahad, Januari 15, 2012

SEKAPUR SIRIH-FOLIO CALON TOKOH NILAM 2012

SEKAPUR SIRIH CALON TOKOH NILAM


         Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..

Segala puji-pujian bagi ALLAH , Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi kerana saya terpilih sebagai calon Tokoh NILAM SKPK. Saya rasa amat berbesar hati dan berbangga dengan pemilihan yang tidak diduga ini.

Saya berjanji akan lakukan yang terbaik. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, guru besar, guru-guru saya terutamanya Cikgu Anis yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk membaca buku di perpustakaan sejak saya di Tahun 1 lagi. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang sering bersama saya untuk membaca bersama-sama semasa waktu lapang.

Dikesempatan ini saya menyeru kepada rakan-rakan agar menjadikan buku sebagai “RATU HATI” dan “TEMAN SEJATI” kerana buku itu “JAMBATAN ILMU” pada kita.

Akhir kata, saya berharap agar saya terus berjaya dan tidak akan jemu untuk menjadikan buku teman hidup saya….

Sekian, terima kasih.

Wassalam.


FARAH NAURAH BINTI MAHMUD
Tahun 6A,
SKPK

Sabtu, Januari 14, 2012

JADUAL SISTEM GANJARAN RAKAN PEMBACA

JADUAL SISTEM GANJARAN  RAKAN PEMBACA

Jumaat, Januari 13, 2012

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM 5 MINIT MEMBACA BERSAMA

PROGRAM GALAKAN MEMBACA
KERTAS KERJA PROGRAM 5 MINIT MEMBACA BERSAMA
PERINGKAT SEKOLAH 


1. Nama Program  :
   
”5 MINIT MEMBACA BERSAMA”

2.  Latar belakang program
     Program 5 minit Membaca Bersama termasuk dalam ProgramGerakan Tabiat membaca. Ia merupakan salah satu aktiviti utama Kementeri Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.
Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program dan aktiviti gerakan tabiat membaca akan dilaksanakan sepanjang masa.


   3.  Tema :
 
           ”MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN SEMUA”

  1. Matlamat

      Memupuk minat membaca dan cintakan buku dikalangan murid-murid.

5.  Objektif  Penganjur
5.1              Meningkatkan minat membaca di kalangan warga SKPK terutama murid-murid.

5.2              Beri pendedahan kepada warga SKPK mengenai adanya Program 5 min Membaca Bersama.

5.3              Memberi peluang kepada terutama murid untuk menjalankan  aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perbukuan.

5.4              Memberi peluang kepada murid untuk mengenali penulis-penulis buku tersohor
               dan menjadikan  penulis tersebut sebagai model.

6.Kumpulan Sasaran

         Seluruh warga SKPK terutama murid-murid SKPK

      7.  Perlaksanaan

     7.1 Masa – 7.00 pagi hingga 7.15 pagi
     7.2 Tempat – Tapak Perhimpunan
     7.3 Jangkamasa – 3 hari seminggu sepanjang tahun
     7.4 Aktiviti – membaca bersama rakan-rakan seama 15 minit setiap hari 
           Selasa, Rabu dan Khamis

     8. Tarikh perlaksanaan
          Januari hingga November

9.Strategi perlaksanaan
1.      Bina kertas kerja
2.      Perbincangan dalam Mesyuarat Guru.
3.      Perbincangan bersama pengerusi panitia BM, PSV, B.Arab dan AJK
4.      Perlaksanaan program
5.      ”Post Mortem” dan Penyediaan laporan
6.      Hantar laporan ke pejabat.
    
    10.  Anggaran Kos
           -tiada-

    11. Ahli Jawatankuasa Program –Rujuk lampiran

     12. Pelan Tindakan/Jadual Kerja :


Bil


CONTOH BUKU REKOD AKTIVITI RAKAN PEMBACA

CONTOH BUKU REKOD AKTIVITI RAKAN PEMBACA


Khamis, Januari 12, 2012

CONTOH CARTA GANT NILAM

CONTOH CARTA GANT NILAM

Selasa, Januari 10, 2012

MINIT MESYUARAT PSS KALI 1 2012

MINIT MESYUARAT AJK PUSAT SUMBER 
KALI PERTAMA SESI 2012
SK PARIT KASAN

Tarikh            :  5.1.2012
Masa              :   3.40 petang
Tempat          :   Bilik Mesyuarat
Kehadiran      : 
Pn Hjh Nik Fauziah Bt Nik Yusoh (Guru Besar)
Tn Hj Mohamad B Md Amin (GPK-1)
Pn Ramasiah Bt Kadir (GPK Hem)
En Khudhairi B Jais (GPK KO)
Pn Nor Zakiah bt Hj Abdullah ( GPM )
En Ismail B Mohd
Pn Mahani Bt Jais
Pn Masleeyaton Bt Yusuf
Pn Norzalena bt Nordin
Pn Zainab bt Ismail
Cik Azalina Bt Kassim
En Hamdan B Gendot
Pn Hazlina Bt Hussin
Pn Rahmah Bt Kandir
Pn Halizah Bt Kadri

Agenda Mesyuarat
1.Ucapan alu-aluan Pengerusi majlis
1.1   Mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir
1.2  Ucap terima kasih di atas kerjasama AJK
1.3  Berharap mendapat kerjasama seterusnya daripada AJK

Lantikan Jawatan Kuasa Kerja
Penasihat   : Pn Hjh Nik Fauziah Bt Nik Yusoh
Pengerusi   : Pn Nor Zakiah bt Hj Abdullah
Setiausaha : Pn Rahmah Bt Kandir
                    (Penyelaras Nilam)
Bendahari  :  Pn Zainab Bt Ismail
                     (Penyelaras BBM)
AJK           :  En Ismail B Mohd
                     ( Penyelaras TV Pendidikan)
                     Pn Norzalena bt Nordin ( Keceriaan )
                     En Hamdan B Gendut

2.  Pemantauan
     2.1 Pemantauan dari PKG pada 11.1.2012 hari Rabu.

3. Program Nilam
3.1              Guru Kelas
-Mohon kerjasama daripada guru kelas terutama
            Guru matapelajaran B.Melayu dan B.Inggeris
          - Galakan murid membuat catatan di dlm buku Program Nilam.
          - Ibu bapa dibenarkan tanda tangan buku Nilam
          - Sijil dan cenderahati galakan akan diberikan

3.2              Tokoh NILAM Sekolah
-Calon telah dipilih sejak di Tahun 1
-Borang penyertaan dihantar sebelum atau pada 20.1.2012

4        Pinjaman buku.
4.1              Pinjaman dilanjutkan tempoh
A-murid
  * pustakawaa = 7 hari
  * murid biasa = 5 hari
B-guru  = 30 hari

4.2              guru sila buat catatan setiap pinjaman buku rujukan.

5.      Program Galakan Membaca
2.1  Bergabung dengan 3 Panitia iaitu BM, BI dan AG
2.2  Antara Program yang diadakan:
2.2.1-Membaca 5 minit bersama
a. Akan dijalankan mengikut Panitia
b. Program berjalan sepanjang tahun
c. Bermula pada 7.00 pagi hingga 7.15 pagi
d. Semua murid terlibat.

2.2.2-Bulan Bahasa (BM/BI)
2.2.3-Kem Membaca
-Hari Buku dll

5        Program Pertandingan
- dianjurkan setiap bulan
- ikut Panitia
- hadiah dari jualan borang.


6        Pinjaman Alatan  PSS
-   Pn Zainab sebagai dilantik sebagai Penyelaras BBM
-         Setiap guru perlu buat catatan
-         Susun semula ditempat yang telah dilabelkan

                   
7. Catatan
    -Setiap guru yang membawa murid perlu  membuat catatan di dalam buku.
    -Pinjaman CD-CD, buku-buku rujukan dsbnya.

8.  TV pendidikan @ Astro
      -  Buat catatan dalam buku penggunaan
      -  Murid boleh dibawa bila-bila masa atau semasa guru ganti.
      - Alat kawalan Jauh TV Astro alami kerosakan.

9. Giliran bertugas
     9.1 Setiap guru perlu bertugas mengikut giliran.
     9.2 Setiap guru yang bertugas perlu memantau PSS.
     9.3 Guru bertugas perlu tanda tangan jadual bertugas.
      
10. Hal-hal lain.
      -Minta jasa baik semua guru BM dan BI untuk menjayakan Program Nilam.
      -Kerjasama untuk keceriaan PSS.
      -Bajet perbelanjaan akan diserahkan kepada guru besar untuk disahkan.
·        rujuk lampiran.



Mesyuarat ditangguhkan pada  5.15 petang


Disediakan oleh,                                                              Disemak oleh,


……………………………………………                    ………………
(NOR ZAKIAH BT ABDULLAH)                               GURU BESAR
                                                                                        SK PARIT KASAN

Isnin, Januari 09, 2012

PEMANTAUAN PERTAMA PSS SESI 2012

TARIKH :
9.1.2012

HARI :
ISNIN

MASA:
10.45 PAGI  HINGGA 12.00 TENGAHARI

PEMANTAU:
EN RAHMAN B MD AMIN
EN ISA B SUDAR



Sabtu, Januari 07, 2012

PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN DENGAN NAZIR 2012

TARIKH:
4.1.2012

HARI:
RABU

MASA:
SESI PERTAMA : 7.00 PAGI HINGGA 1.10 PETANG
SESI KE 2 : 2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2012

TARIKH:
4.1.2012

HARI:
RABU

 Ucapan ringkas guru bertugas-Cikgu Masleeyaton Bt Yusuf
 Taklimat ringkas dari GPK-Hem-Cikgu Ramasiah Bt Kadir
 Taklimat ringkas dari Guru Besar-Hjh Nik Fauziah Bt Nik Yusoh
 Murid-murid SKPK sesi 2012
 Hari Pertama : 1 murid 1 meja 1 kerusi. Pembelajaran dan Pengajaran bermula walaupun
sekolah kekurangan 4 orang guru....

Rabu, Januari 04, 2012

Isnin, Januari 02, 2012

KURSUS DALAMAN KSSR TAHUN 2-2012

KURSUS DALAMAN KSSR
BAGI SUBJEK BAHASA INGGERIS, BAHASA MELAYU, 
AGAMA ISLAM DAN DSV TAHUN 2

TARIKH:
27.12.2011

HARI:
RABU

TEMPAT:
BILIK MESYUARAT.