Pages

Plezzz, click!!!

Rabu, April 20, 2011

Seterika Tradisional/Arang-KOLEKSI GALERI SEJARAH PSS



Seterika Tradisional ini diperbuat daripada tembaga. Seterika tradisional ini menggunakan arang sebagai pemanas seterika tersebut.
Reka bentuknya adalah lebih kurang sama dengan bentuk seterika moden pada masa kini tetapi ia mempunyai saiz yang agak besar, berat dan tinggi. Ia mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu dan agak selesa dipegang bagi kegunaan menggosok pakaian. Pada bahagian atasnya dibuat penutup . Penutup tersebut boleh dibuka tutup bagi meletakkan arang. Penutup itu disediakan kunci bagi memastikan selalat digunakan .

Kayu arang terlebih dahulu dibakar sehingga merah membara. Selepas itu ia dimasukkan ke dalam badan seterika dan ditutup.
Seterika tersebut akan ditekap ke atas daun pisang terlebih dahulu bagi mengawal tahap kepanasan seterika dan melicinkan pergerakkannya semasa mengosok pakaian. Beberapa helai pakaian boleh diseterika dalam satu-satu masa dan jika seterika itu telah berkurang panasnya, ia akan digantikan dengan bara yang baru.
Arang perlu dibuang atau dikeluarkan daripada seterika apabila urusan menggosok pakaian telah selesai.

Tiada ulasan: