Pages

Plezzz, click!!!

Isnin, Januari 31, 2011

Zirafah -LITERASI MAKLUMAT


Zirafah (Giraffa camelopardalis) adalah mamalia berkuku genap (even-toed ungulate), yang tertinggi dalam semua spesies daratan. Zirafah jantan mampu mencecah ketinggian sehingga 4.8 hingga 5.5 meter (16 hingga 18 kaki) dengan berat sehingga 900 kilogram (2,000 poun). Zirafah betina biasanya rendah sedikit dan lebih ringan. Dalam keluarga Zirafah, hanya terdapat dua spesies, iaitu Okapi dan Zirafah.

Zirafah merupakan haiwan mamalia yang tempatan di kawasan padang rumput savana kering, tetapi zirafah meragut jauh lebih tinggi berbanding haiwan lain. Diet Zirafah kebanyakannya daun meragut acacia dan aprikot liar, selain pucuk, buah dan tumbuhan yang lain. Kebanyakan pokok seperti acacia telah membangunkan strategi tumbuh tinggi dan mempunyai duri tajam dan panjang bagi mengelakkan dimakan haiwan. Zirafah pula membentuk gabungan ciri-ciri seperti leher yang panjang, lidah, tengkorak, pipi dan bahu yang panjangmembolehkan ia mencapai tinggi dipuncak pokok. Biasanya dahan kecil ditarik masuk kedalam mulut zirafah dengan menggunakan lidahnya yangpanjang dan kemudiannya kepalanya ditarik sementara daunnya disisir melalui giginya yang jarang seperti penggerat.

Ketinggian melampau zirafah bererti untuk minum ia perlu mengangkangkan kakinya, malah melutut. Apabila berdiri, jantungnya terpaksa mengepam tekanan tinggi untuk sampai ke otak. Apabila tunduk, siri injap satu hala bertindak mengawal tekanan dan aliran darah agar tidak merosakkan otak.

Tiada ulasan: