Pages

Plezzz, click!!!

Selasa, Januari 18, 2011

Kuda Belang - LITERASI MAKLUMAT

LITERASI MAKLUMAT DI PSS

TAJUK:
KUDA BELANG

BAHAN:
SUDUT HIDUPAN DARAT.

Kuda belang belaan ditunggang di Afrika Timur.

Kuda belang adalah ahli famili kuda yang berasal daripada Afrika tengah dan selatan. Nama sainsnya Equus burchelli. Kesemua kuda belang mempunyai belang menegak hitam dan putih pada bahagian hadapan dan belang sendeng kearah bahagian belakang.

Kebanyakan ahli zoologi percaya bahawa belang tersebut berfungsi sebagai mekanisme penyamaran; sesetengah yang lain pula percaya bahawa ia memainkan peranan dalam interaksi sosial dan bertindak sebagai cara membezakan antara seekor dengan seekor yang lain melalui perbezaan corak belang.

Terdapat tiga spesies dan banyak subspesies. Populasi kuda belang jelas berbeza, dan hubungan natara dan status taksonomi beberapa subspesies adalah tidak jelas.

Kuda belang dataran(Equus quagga, dahulunya Equus burchelli)- adalah paling biasa, dan mempunyai atau pernah mempunyai 5 subspesies tersebar sepanjang selatan dan timur Africa. Ia, atau subspesies tertentu, juga pernah dikenali sebagai Zebra Biasa, Dauw, Zebra Burchell (sebenarnya subspesies yang pupus, Equus quagga burchelli), dan Quagga (juga subspesies yang pupus, Equus quagga quagga).

Kuda belang gunung (Equus zebra) di barat daya Afrika cenderung memiliki kulit licin sleek coat dengan perut putih dan belang halus berbanding dengan kuda belang padang rumput plain. Ia mempunyai dua subspesies yang dikelaskan sebagai terancam.

Kuda belang Grevy (Equus grevyi) adalah jenis terbesar, serupa dengan zebra lain tetapi dengan bulu tengkuk tegak, dan kepala yang panjang kurus menjadikan ia kelihatan seperti keldai. Ia adalah haiwan padang rumput separuh kering di Ethiopia, Somalia, dan utara Kenya. Ia juga merupakan haiwan terancam.

Tiada ulasan: