Plezzz, click!!!

Khamis, Ogos 14, 2014

PPIM-MOTTO/COGANKATA


BERILMU, BERIMAN, BERAMAL.

Rabu, Ogos 13, 2014

PPIM-SENIKATA LAGU

SENIKATA LAGU PPIM


Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Isnin, Ogos 11, 2014

PPIM-IKRAR

IKRAR

BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR AKAN :


  • Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru 
  • dan ibubapa
  • Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
  • Membangunkan diri dengan sempurna
  • Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri

  • Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara

Sabtu, Ogos 09, 2014

MARHABAN 2014

TARIKH:
9.8.2014

HARI:
SABTU

MASA:
7.30 PAGI- 12.30 TENGAHARI

KAWASAN:
Kg Parit Kasan
Kg Parit HajiIdris
Kg Parit Ghani
Bukit Gambir







PPIM-FALSAFAH

FALSAFAH PPIM

PPIM adalah sebuah pergerakan 
berpakaian seragam yang bergerak pada 
peringkat Kebangsaan, Negeri, dan 
Daerah di Institut Pengajian Tinggi, 
Maktab-maktab perguruan dan 
sekolah-sekolah menengah dan rendah.

Aktivitinya yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum 
secara formal dan tidak formal adalah
 bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah
 penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri 
secara menyeluruh dan bersepadu demi 
mewujudkan insan PUTERI  
yang seimbang dan harmonis 
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani 
berdasarkan kepercayaan dan 
kepatuhan kepada ALLAH S.W.T.


Usaha ini adalah bertujuan untuk 
menterjemahkan ke dalam
 diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, 
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan 
berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu 
dan bersedia memberi sumbangan terhadap 
keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan 
Negara selaras dengan ajaran Islam.

Khamis, Ogos 07, 2014

PPIM-SULUH KATA

SULUH KATA PPIM



P-  Patuh kepada ibubapa
U-  ugama/ agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith

T-  Taat kepada Allah dan Rasul
E-  Erat Ukhuwah Islamiyah
R-  Rela berbakti kerana Allah
I-   Iman dipupuk ilmu dituntut


I-   Insaf diri- Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun)
S-  Solat ditunai setiap waktu
L-  Larangan Allah dijauhi
A-  Akhlak mulia pengukuh keimanan
M- Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan.

Rabu, Ogos 06, 2014

KHATAM AL-OURAN -IHYA RAMADHAN 2014

TARIKH :
24.7.2014

TEMPAT:
SURAU SKPK.







PPIM-OBJEKTIF

Objektif
1.   Melahirkan sebuah masyarakat muda yang :
      1.1 taat kepada Allah , Raja, dan Negara
      1.2 berilmu
      1.3 berakhlak mulia
      1.4 berbakti kepada masyarakat

2.   Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak,
Rohani dan jasmani supaya menjadi insane      Kamilah, berilmu dan mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup berasaskan jalan yang  diterima Allah s.w.t dan dapat berbakti untuk agama, nusa dan bangsa.

3.   Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri. Prograsif dan diterima masyarakat.


4.   Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.