Pages

Plezzz, click!!!

Sabtu, Ogos 09, 2014

PPIM-FALSAFAH

FALSAFAH PPIM

PPIM adalah sebuah pergerakan 
berpakaian seragam yang bergerak pada 
peringkat Kebangsaan, Negeri, dan 
Daerah di Institut Pengajian Tinggi, 
Maktab-maktab perguruan dan 
sekolah-sekolah menengah dan rendah.

Aktivitinya yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum 
secara formal dan tidak formal adalah
 bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah
 penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri 
secara menyeluruh dan bersepadu demi 
mewujudkan insan PUTERI  
yang seimbang dan harmonis 
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani 
berdasarkan kepercayaan dan 
kepatuhan kepada ALLAH S.W.T.


Usaha ini adalah bertujuan untuk 
menterjemahkan ke dalam
 diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, 
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan 
berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu 
dan bersedia memberi sumbangan terhadap 
keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan 
Negara selaras dengan ajaran Islam.

Tiada ulasan: