Pages

Plezzz, click!!!

Ahad, Jun 19, 2011

Peraturan Penggunaan Bilik BBM


 PERATURAN PENGGUNAAN 
BILIK BBM
SK PARIT KASAN,
LEDANG, JOHOR

1.  Bilik ini dibuka kepada semua warga guru, kakitangan sokongan dan murid.

2.  Pengguna tidak dibenarkan masuk dan membuat pinjaman buku  tanpa kebenaran dari guru.

3.  Pengguna hanya dibenarkan meminjam buku tidak lebih daripada tempoh 14 hari dan jika ingin membuat pinjaman lebih daripada 14 hari perlu mendapatkan kebenaran dari penyelaras Bilik BBM

4.  Pengguna dikehendaki mengisi  buku rekod pinjaman dan menandatangani apabila memulangkan semula buku yang dipinjam sebagai bukti pemulangan.

5.  Pengguna hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan bahan  yang dipinjam. Kerosakan dan kehilangan hendaklah dikenakan gantirugi berdasarkan harga terkini bahan tersebut dipasaran.

6.  Pengguna tidak dibenar menyimpan / menyembunyikan bahan dari tempat asalnya bagi kepentingan individu.

7.  Pengguna dilarang membuat bising, makan/ minum dan membuang sampah semasa di dalam bilik ini.

8.  Pengguna perlu memastikan alatan yang dipinjam diletak dan disusun semula ditempat yang asal.

9.  Pengguna perlu memastikan keadaan bilik dalam keadaan baik sepertimana sebelumnya.

Tiada ulasan: