Pages

Plezzz, click!!!

Sabtu, November 06, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform di Kem Denai Alam, Muar (1)

Jumaat 5.11.2010 - PerkhemahanUnit Beruniform 2010 SKPK telah diadakan di Kem Denai Alam Muar selama 3 hari 2 malam. Seramai 80 orang murid menyertai perkhemahan ini. Sebanyak 2 buah bas telah disediakan untuk membawa murid-murid ke sana.
sebelum perjalanan bermula, murid-murid berkumpul di sekolah.
Bas bertolak lebih kurang 2.30 petang dan sampai ke kem pada pukul 3.15 petang.

setiba di sana murid-murid telah diberi taklimat oleh Cikgu Zainab.

Ketua Jurulatih Utama En Jamal B Dirin (Guru SMK Vokasional) memberi taklimat kepada peserta perkhemahan.

Cikgu Nor Zakiah, Cikgu Mahani, Teacher Zalena, Ustz Hazlina dan Cikgu Haliza sibuk menghidangkan makanan kepada murid-murid sewaktu minum petang.

murid-murid menikmati mee goreng dan air teh sebagai hidangan minuman petang.

sesi mendirikan khemah dan dipantau oleh Ketua J/Latih Utama, cikgu Ismail (JU),
Pengangkap dipantau oleh :
Cikgu Hamdan, Cikgu Mustafa, Cikgu Ali dan Cikgu Mohamad
Puteri Islam dipantau oleh :
Cikgu Nor Zakiah, Cikgu Mahani, Teacher Zalena dan Teacher Noraini

guru-guru lelaki sedang berbincang.....

AJK pendaftaran iaitu Cikgu Haliza dan Ustazah Hazlina.
Dan dibantu oleh Teacher Noraini.

Tiada ulasan: