Pages

Plezzz, click!!!

Ahad, Mei 23, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL 2010

Sabtu 22.5.2010 - lawatan sambil belajar telah di adakan. Seramai 35 orang murid tahun 6, 5 orang murid Tahun 5 dan 4 orang guru pengiring mengikuti lawatan ini. Guru pengiring terdiri daripada En Ismail B Mohamed (Ketua lawatan), Pn nor Zakiah bt Abdullah, Pn Nur Anisza Bt Md Dali dan Pn Norzalena bt Nordin.

Antara Objektif lawatan :
* memberi pengalaman baru kepada pelajar.
*merasai dan melihat sendiri sesuatu yang tidak pernah dilihat.
*kerjasama antara ahli kumpulan.
*memupuk nilai-nilai murni seperti
-kerjasama,
-tolong menolong
-berbudi bahasa

CATATAN PERJALAN :
7.15 pagi : menaiki bas, bacaan doa oleh En Ismail B Mohamed.


9.00 pagi : Berhenti untuk sarapan di R&R Seremban

11.00 pagi-2.30 ptg : Tiba di KLCC. Terus ke Petro Sains.


A. PETRO SAINS KLCC
KLCC

di pintu masuk ke PetroSains

merasai gegaran.

di atas pelantar minyak.

bersedia untuk menonton 3D cinema....mereka begitu seronok.

selepas menaiki helikopter.

murid-murid begitu berminat dan mencuba bermacam-macam "eksperiment" tentang sains.

berhampiran pintu keluar.

2.45 : Makan tengahari di Taman KLCC

B. AQUARIA KLCC
3.45 ptg : Tiba Aquaria KLCC
Di Aquaria murid-murid dapat melihat berbagai jenis spesis ikan, spesis amfebia, serangga dan bermacam-macam haiwan. Di sini murid-murid boleh melihat ikan-ikan secara langsung. Ada diantara ikan-ikan ini boleh disentuh. Murid-murid seronok bila melalui terowong akuarium di mana ikan-ikan berenang-renang di atas kepala mereka.
guru-guru pengiring dari kiri :
Pn Nor Zakiah, Pn Jannah (isteri cikgu Ismail),
Pn Nor Zalena dan Pn Nur Anisza.


di dalam terowong.


C. TAMAN KLCC

5.00 ptg : Singgah sembahyang di masjid berhampiran sebelum mandi di kolam.
Murid-murid diberi peluang untuk mandi di taman KLCC sebelum bertolak pulang.
guru pengiring.

bersiap sedia untuk pulang.

menunggu bas.

9.00 malam : Singgah makan malam dan sembahyang di R&R Seremban.

10.00 malam : Bertolak pulang ke SKPK
11.20 malam : Selamat tiba ke sekolah

Tiada ulasan: