Plezzz, click!!!

Sabtu, Jun 27, 2009

Hari Terbuka 2009

Sabtu 27.6.09 - Hari Terbuka diadakan bermula pukul 8.00 hingga 11.30 pagi. Disamping itu diadakan taklimat untuk ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 di makmal komputer. Badan Kebajikan Bilik Guru juga mengadakan jualan untuk mengumpul tabung.

Jumaat, Jun 26, 2009

BANGUNAN BLOCK B DIROBOHKAN 2009

Projek Bangunan Baru Sekolah....sebulan sudah berlalu.....
Gambar yang diambil pada 25.5.2009

Gambar yang diambil pada 25.6.2009

Salah Satu Galakkan Membaca Untuk Murid


Rabu 24.6.09- Kelihatan murid-murid berebut membeli bahan bacaan yang dijual oleh sebuah syarikat buku. Ini merupakan salah satu program yang dicadangkan untuk meningkatkan lagi pembacaan murid di bawah program NILAM.

Selasa, Jun 23, 2009

Ujian KIA2M Tahun 1

Selasa 23.6.09 - Ujian Pelepasan 1 ( KIA2M)dijalankan bermula hari Isnin. Seramai 7 orang murid tahun 1 menduduki ujian ini. Seramai 4 orang telah lulus manakala 3 orang masih gagal. Ujian ini dijalankan oleh Cikgu mahani iaitu guru Bahasa Malaysia Tahun 1. Cikgu Mahani sedang dibantu oleh Teacher Zalena.

Pertandingan Kepenggunaan 2009

Selasa 23.6.09 - Pertandingan Poster Kepenggunaan anjuran PSV dan PSS akan berakhir pada 10.7.09 ( Jumaat). Sambutan dikalangan pelajar adalah menggalakkan. Kepada murid-murid yang berminat bolehlah menghantar poster sebelum tarikh yang dimaklumkan. Poster-poster yang terpilih akan dihantar ke Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional sebelum 15.7.09. Setiap peserta yang terpilih akan menerima sijil peringkat kebangsaan dan sekiranya menang akan menerima hadiah lumayan dari pihak penaja...


Sebahagian poster yang menarik hasil murid-murid
Afiq Azizi b Yussaini Tahun 5

Fairuz b Mohd Isnin Tahun 1
Syafiqah Syazanani bt Sutoyo Tahun 6

Khamis, Jun 18, 2009

Program Milo Percuma ke sekolah

Rabu 17.6.09 - Program Milo percuma ke sekolah. Murid-murid diberi minuman milo secara percuma. Murid-murid sedang beratur untuk mendapat air milo.
Rabu 17.6.09 - (3.00 petang) Mesyuarat Kurikulum kali ke 4 diadakan di Makmal Komputer. Perbentangan keputusan UPPM 2 ( Tahun 1 hingga 6), Perbincangan program Panitia dan lain-lain hal.

Rabu, Jun 17, 2009

Pengurus Ikan SKPK

Cikgu Hamdan dan Cikgu Khudhairi (atas kerusi tu..) sedang menyelenggara aquarium ikan di perpustakaan


Rabu 17.6.09 Nilah dia 2 orang best friend yang sentiasa menyelia dan menjaga ikan-ikan yang ada di SKPK. Terkadang saya kena kutuk pun ada. Yelah mana saya tahu jenis2 makanan ikan yangh berkhasiat untuk ikan2 tu. Yang saya tahu asal ikan tu dapat makan dan kenyang pun dah cukup. Beli makanan pun yang terrmurah di pasaran. Maklumlah semua budget sendiri...Thankz a lot kerana sentiasa memberi khidmat nasihat dan menolong saya menjaga ikan-ikan di dalam aquarium di perpustakaan..

Thankz a lot

Selasa, Jun 16, 2009

Sesi Bercerita Tahun 3

Selasa 16.6.09 - Sesi bercerita murid Tahun 3 dijalankan sewaktu P&P Bahasa Malaysia di PSS. Murid-murid memilih buku cerita di dalam tulisan jawi. Mereka diberi masa selama 30 minit untuk membaca buku. Cikgu Mahani Bt Jais memberi bimbingan kepada murid.

Objektif:
- menarik minat dan menggalakkan membaca dikalangan murid.
- memupuk minat murid belajar dan mencintai tulisan jawi.
- menambahkan keyakinan diri.
- kerjasama antara murid.

Membaca bersama rakan-rakan

Pn Mahani memberi bimbingan kepada murid.

Nur Jannah bt Musa menyampaikan sebuah cerita
Nur Farhana bt M.Karim dan Nurul jannah Bt M.Janis

Nurefa Bt Keliwon
Aznur Azlin Bt Almonsani


Ahad, Jun 14, 2009

Sesi Persekolah Semester 2 Bermula

Back to School


Isnin 15.6.09 - Sesi persekolah semester ke 2 bermula. Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua pelajar dan guru-guru setelah bercuti selama 2 minggu.

Karnival Olahraga Pra Sekolah Peringkat Negeri

Isnin 1.6.09 - Karnival Olahraga Pra Sekolah Peringkat Negeri Johor telah diadakan di MRSM Mersing, Johor. Adik Nisriina Balqis Bt Masradhi telah mengharumkan nama sekolah apabila berjaya meraih pingat perak di dalam acara lompat tinggi peringkat negeri. Tahniah diucapkan dan tidak lupa untuk guru pembimbing iaitu Pn Rahmah Bt Kandir dan Pn Halizah Bt Kadri.

Inilah dia...jurulatih naib juara negeri Pn Halizah dan Pn Rahmah

Aksi naib juara negeri Johor-adik Nisriina Balqis

Menerima hadiah kemenangan

Adik Nisriina Balqis, Cik Hamizah Bt Ibrahim (pengiring) dan adik Muhd Anas

Tahniah!!!!!

Isnin, Jun 01, 2009

SELAMAT BERCUTI 2009

Isnin 1.6.2009 - ****Cuti persekolah bermula**** - Perpustakaan dan Pusat Akses Sekolah(PuAS) tetap dibuka seperti cuti-cuti sebelumnya bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dari hari Isnin hingga Jumaat. Tahniah diucapkan kepada pelajar SKPK kerana menggunakan kedua-dua kemudahan ini semaksima mungkin..Teruskan minat membaca kerana dengan ilmulah kita menjadi orang yang berpengetahuan. Juga tidak lupa ucapan terima kasih kepada pengawas perpustakaan kerana tidak jemu bertugas walaupun waktu cuti sekolah..

"MEMBACA MEMPERKAYA MINDA''


Pusat Akses dipenuhi pelajar untuk melayari internet dan membuat Program Permata Pintar anjuran UKM.


Perpustakaan sekolah dipenuhi pelajar untuk mengulangkaji pelajaran, membaca dan meminjam buku.