Pages

Plezzz, click!!!

Sabtu, Julai 04, 2009

Lawatan PRA Sekolah ke Kuala Lumpur



Jumaat 3.7.09 - (7.45 pagi) PRA SKPK telah menganjur satu lawatan sambil belajar untuk murid-murid PRA 1 dan PRA 2. Seramai 40 orang murid, 40 orang ibu/bapa dan 4 orang guru pengiring menyertai lawatan ini. Sebanyak 2 buah bas digunakan untuk membawa peserta2 lawatan ini. Bas bertolak pada pukul 7.45 pagi.



Destinasi pertama ialah Putra Jaya. Murid serta ibu bapa dibawa meninjau ke Masjid Putra Jaya. Ibu bapa juga sempat ke gerai menjual cenderahati yang terletak di bahagian bawah. Peserta lawatan makan tengahari di Masjid Putra Jaya.

Destinasi ke 2 ialah ke KLCC yang mana peserta di bawa melawat Pameran Dinasour Trek 2 yang sedang berlangsung. Murid-murid PRA amat seronok dapat menyaksikan berbagai jenis Dinasour yang dipamirkan. Pergerakan anggota badan Dinasour ini dikawal oleh moto yang canggih.

Destinasi ke 3 ialah Petro Sains. Murid-murid begitu seronok apabila dibawa menaiki sejenis kenderaan yang menyerupai topi keledar. Berbagai aksi dapat dilihat sewaktu mereka meneroka alam yang baru bagi mereka. Mereka mencuba berbagai peralatan yang berkaitan dengan sains. Banyak pengalaman yang mereka perolehi kerana mereka dapat melakukan eksperiment, memegang, menyentuh, merasa, melihat dan melakukan sendiri.


Destinasi ke 4 ialah Nilai 3 (4.30 ptg - 8.30 mlm) . Di sini murid-murid masih riang dan masih lagi aktif lagi. Ibubapa diberi peluang untuk menunjau-ninjau dan membeli belah di sini.

Gambar Kenangan Sewaktu Lawatan

Dari kiri : Pn Rahmah, Pn Mahani, Cik Hamizah, Pn Nor Zakiah dan Pn Halizah bersama murid PRA


Pn Hjh Munah(Guru Besar) bergambar bersama salah seorang murid PRA


Salah seekor dinasour di Pameran Dinasour Trek 2



Murid-murid PRA seronok mencuba sesuatu yang baru di Petro Sains


Pn Nor Zakiah bersama Pn Hjh Mudah berlatar belakang dinasour di Petro Sains


Pn Zainab sedang berbelanja sakan di Nilai 3.

1 ulasan:

Unknown berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.