Plezzz, click!!!

Selasa, Februari 24, 2015

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN, LEDANG, JOHOR


          Sekolah ini mula dibina pada tahun 1954 hasil dari sumbangan orang kampung yang sedar akan kepentingan sekolah kepada masyarakat. Hasil dari sumbangan yang berbentuk wang ringgit, bahan binaan dan juga tenaga, sebuah bangunan kayu beratapkan zink telah dapat didirikan dengan cara bergotong royong. 
           Tidak lama selepas itu kerajaan telah memberikan bantuan sejumlah RM1,960.00 dan hasilnya sebuah bangunan berukuran 70 kaki panjang dan 20 kaki lebar telah dapat disiapkan dan telah di rasmikan oleh Nazir Sekolah -Sekolah Melayu Muar pada 11 Januari 1955 dan sekolah ini telah dinamakan sebagai Sekolah Rakyat Parit Kasan dengan jumlah muridnya seramai 150 orang dan tenaga pengajar seramai 6 orang.
             Malangnya pada 1 April 1955 sekolah ini telah roboh kerana ditiup angin ribut. Bagaimanapun pengajaran dan pembelajaran tetap dijalankan di pondok-pondok yang dibina oleh orang kampong secara bergotong royong dengan bahan-bahan dari kayu gelam, buluh dan atap rembia yang didapati di sekeliling kampong. Dan pada 14 Ogos 1955 kerajaan telah membina semula sebuah bangunan baru. Bangunan baru ini telah di resmikan oleh En. Khalid Bin Hj. Ahmad selaku Guru Pelawat Sekolah-sekolah Pasukan Serom, Muar. Pada Tahun 1960 sekolah ini telah mendapat bantuan untuk pemasangan siling dan jaring besi.
         Setahun kemudian sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan dan diberikan taraf sekolah bantuan penuh kerajaan. Pada tahun 1963 sebuah bangunan yeng mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah pejabat telah dibangunkan. Bangunan  itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar ketika itu iaitu YAB Allahyarhan Dato' Haji Hasan Bin Yunos. Tidak lama selepas itu Ahli Parlimen kawasa Ledang YB Dato' Ngah Bin Abd. Rahman telah memberikan peruntukan sejumlah RM2,500.00 bagi pembesaran perpustakaan dan pemasangan elektrik.
        Pada tahun 1980, Kementerian Pendidikan telah memperuntukan sejumlah RM15,000.00 bagi pembinaan 3 buah tandas guru dan 4 buah tandas murid beserta 8 sinki basuh tangan. Di masa yang sama YB En. Embong Bin Yahya telah memberikan peruntukan untuk pembesaran perpustakaan kepada 40 kaki lebar dan 16 kaki panjang.

           Pada tahun 1988, sekolah ini sekali lagi telah mendapat peruntukan sejumlah RM350,000.00 dan hasilnya sebuah bangunan 2 tingkat  terdiri dari 3 buah bilik darjah, sebuah bilik solat, bilik wuduk, tandas murid, pejabat, bilik guru, perpustakaan bilik tayangan dan tandas guru telah disiapkan.

Selasa, Februari 10, 2015

Ahad, Februari 08, 2015

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2015


TARIKH :
8.2.2015 ( Ahad )

MASA :
7.20-8.00 PAGI

TEMPAT:
Tapak Perhimpunan

 Pamplet dan penanda buku kepada guru-guru

 Button Pencapaian NILAM

 Pengacara Majlis-Pn Rosliza Bt Razali (guru penyelaras NILAM)

 Story telling-Adik Dayana Tahun 1

 Ucapan Perasmian Pelancaran Program NILAM- 
En Sahardin B Yusuf (guru besar SKPK)

 Penyampaian "Button NILAM" dan Sijil Emas, Perak dan Gangsa

 Koir Lagu NILAM- Pengawas PSS

Penerima "Button NILAM" 2015.


KERTAS KERJA PELANCARAN PROGRAM NILAM

KERTAS KERJA PROGRAM PELANCARAN NILAM
PERINGKAT SEKOLAH 2015


1. Nama Program  :
   
”PROGRAM PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2015”

2.  Latar belakang program
             Program Gerakan Tabiat membaca merupakan salah satu aktiviti utama 
Kementeri Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh 
Bahagian Teknologi Pendidikan.

             Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid
 sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program dan aktiviti gerakan
 tabiat membaca telah dilaksanakan pada tahun 2008.


   3.  Tema :
 
           ”BUKU SAHABAT KARIBKU”

  1. Matlamat

      Memupuk minat membaca dan cintakan buku dikalangan pelajar-pelajar 
dan mengenali penulis terkenal tanah air.

5.  Objektif  Penganjur
5.1              Meningkatkan minat membaca di kalangan warga SKPK terutama murid-murid.

5.2              Beri pendedahan kepada warga SKPK mengenai adanya Kem Membaca 1 Malaysia.

5.3              Memberi peluang kepada terutama relajar untuk menjalankan  aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perbukuan.

5.4              Memberi peluang kepada murid untuk mengenali penulis-penulis buku tersohor
               dan menjadikan  penulis tersebut sebagai model.

  1. Kumpulan Sasaran

         Seluruh warga SKPK terutama murid-murid SKPK
  
6.  Perlaksanaan

     7.1 Masa – 7.20-8.00 pagi
     7.2 Tempat – Tapak perhimpunan
     7.3 Jangkamasa – 1 hari
     7.4 Aktiviti – 1. Perhimpunan Khas
                                -ucapan perasmian Guru Besar
                                -bercerita.
                                -penyampaian sijil
                                -koir lagu NILAM

                          
   7. Tarikh perlaksanaan
          8.2.2015

8.      Strategi perlaksanaan
1.      Bina kertas kerja
2.      Perbincangan bersama Jawatankuasa Kerja
3.      Perlaksanaan program
4.      ”Post Mortem” dan Penyediaan laporan
5.      Hantar laporan ke pejabat.
    
   9.  Anggaran Kos
          -Banting 6’X3’        = RM60
          -Button   20 keping = RM30
                      JUMLAH      RM90


  10. Ahli Jawatankuasa Program –Rujuk lampiran

Rabu, Februari 04, 2015

MAULIDUR RASUL 2015

TARIKH :
4.2.2015 ( Rabu )

TEMPAT :
SKPK

Perarakan



Selasa, Februari 03, 2015

PERPUSTAKAAN SKPK 2015

Panorama PSS SKPK 2015

rak-rak buku disampul dengan tikar getah berwarna hijau.