Plezzz, click!!!

Jumaat, Mei 27, 2011

Selamat Bercuti dan Salam Perpisahan

CUTI SEMESTER BERMULA
PADA
27.5.2011 HINGGA 12.6.2011

SELAMAT BERPISAH DIUCAPKAN KEPADA :
USTAZAH ZAINURA BT HUSIN 
YANG BERTUKAR KE 
JOHOR BHARU
BERMULA 13.6.2011.

Khamis, Mei 26, 2011

Lawatan Sambil Belajar Pra Sekolah ke KL 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRA SEKOLAH 2011

Tarikh:
26.5.2011
(Khamis)

Tempat:
Akuaria
Pusat Sains
Taman Rama-rama
Jalan TAR


Karnival PRA Sekolah Zon Bukit Gambir- 2011

KARNIVAL PRA SEKOLAH 
ZON BUKIT GAMBIR
2011

Tarikh:
11.5.2011
(Rabu)

Masa:
8.00 pagi

Tempat:
SK Parit Kasan,
Bukit Gambir,
Ledang,
Johor.


A.Pertandingan Mewarna Poster

 B. Hafazan (Lelaki/Perempuan)
hakim pertandingan hafazan(P)-Ustazah Zainura Bt Husin
 Hakim pertandingan hafazan (L)-Cikgu Ismail B Mohamed

D. Penyampaian Hadiah
Cikgu Haji Muhamad B Md Amin (GPK 1) menyampaikan hadiah kepada pada pemenang.

Rabu, Mei 25, 2011

UPPM 2-2011

Tarikh :
24.5.2011 hingga  27.5.2011

Hari :
Selasa hingga Jumaat

Selasa, Mei 24, 2011

Wau Bulan-KOLEKSI SEJARAH PSS

WAU BULAN
 sumbangan Cikgu Nor Zakiah bt Hj Abdullah


@@@@@@@@

Isnin, Mei 23, 2011

Barangan Rotan-KOLEKSI GALERI SEJARAH PSS

BARANGAN BERASAKAN ROTAN
bekas.

tudung saji

bekas mengisi barang.

bekas barang

bakul hiasan

bekas telur

Sabtu, Mei 21, 2011

Congkak--KOLEKSI GALERI SEJARAH PSS

CONGKAK
KOLEKSI GALERI SEJARAH

sumbangan Pn Hjh Munah Bt Abd Majid (Mantan GB SKPK)

Khamis, Mei 19, 2011

Karnival Panitia Pemulihan Zon Bukit Gambir 2011

Karnival Panitia Pemulihan 
Zon Bukit Gambir 2011
 
Tempat:
SK Bukit Rahmat,
Ledang.

Tarikh:
28.4.2011 (Khamis)

Kejayaan:
Ke 3 Pertandingan Shahiba

Peserta:
Adik Muhd Faizul Shah B Kamaruzaman
Adik Nur Farah Shahira Bt Mohd Nadzeri

 Adik Faizul dan Adik Farah bersama guru pembimbing mereka
Cikgu Hamdan B Gendot (Guru Pemulihan)

Rabu, Mei 18, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

SAMBUTAN HARI GURU 
PERINGKAT SEKOLAH 2011

 Tema:
Guru Penjana Transfomasi Pendidikan Negara
Tarikh:
16 Mei 2011

Tempat:
SKPK

A. Perhimpunan Khas Hari Guru
barisan guru-guru
 
Membaca teks perutusan
Cikgu Osman B Shahidan(GPK HEM)-Ketua Pengarah Pendidikan
CIkgu Mohamad B Md Amin(GPK 1)-Menteri Pendidikan
Pn Hjh Nik Fauziah Bt Nik Yusoh (GBSKPK)-Ucapan Khas Hari Guru


 Bacaan Ikrar Hari Guru dan Nyanyian lagu Guru Malaysia

Sesi bersalaman dan penyampaian cenderahari murid kepada guru

B. Permainan Futsal (P) dan Bola Tampar (L)

 perlawanan futsal antara guru perempuan dan murid perempuan

 perlawanan bola tampar.

C. Jamuan Hari Guru

D. Sukaneka
pertandingan basikal lambat

  Dam ular

belon air

E. Persembahan Guru/Murid
persembahan sajak, permainan dan berkaroake dari guru dan murid.

F.Penyampaian dan Pertukaran Hadiah
penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan sesi pertukaran hadiah guru/staf

G. Bersurai
agihan ais-krim Malaysia dari guru untuk murid...

Selasa, Mei 17, 2011

Sajak Hari Guru


1. Pesan Seorang Cikgu 
(Wan Marzuki Wan Ramli, Pasir Mas,Kelantan)

Anak didikku
pabila kau atur langkahmu ke gedung ilmu
bayangkan wajah ayah dan ibumu
membanting kudrat dari urat dan tulang
di celah timbunan konkrit atau di tengah permatang

Anak didikku
bukan gunung dan lautan jadi bandingan
titipan kasih sayang bukan taruhan
demi dirimu amanah dari Tuhan
tak rela mereka persiakan

Anak didikku
nanti pabila kau atur langkah pulangmu
bayangkan wajah-wajah gurumu
yang masih di bilik guru
mencari kekuatan baru
untuk hari esok
pabila kembali bersama

Anak didikku
bukan hadiah tukaran jasa
bukan balasan yang ku pinta
cukuplah dengan cemerlang intelekmu
tamsil keringat yang dicurah
menjadi manusia terbilang.

Saat itu
titiplah sebuah ingatan
pabila kenangan mula menguntum
rindu pun mengharum
taman perjuangan ini...

Hari Wesak


HARI WESAK

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
*sumber rujukan dari google

Isnin, Mei 16, 2011

HARI GURU 2011 dan TEMA

Hari Guru disambut setiap 16 Mei tiap-tiap tahun. Agenda utama guru ialah membentuk insan bergelar pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh 16 Mei 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.


TEMA 2011:
Guru Penjana Tranfomasi Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru Dengan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1977 Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembena Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa



Lagu Hari Guru
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

SELAMAT HARI GURU 
diucapkan kepada semua warga SKPK, rakan-rakan guru seluruh Malaysia .

Sabtu, Mei 14, 2011

Keratan Akhbar 2 & 3-Mesyuarat Agung PIBG 2011

AKHBAR:
Berita Harian

Tarikh:
2.5.2011



AKHBAR:
Harian Metro

Tarikh:
28.4.2011

Rabu, Mei 11, 2011

Karnival KO-Akademik Kemahiran Hidup Zon Bukit Gambir 2011

KARNIVAL KO-AKADEMIK KEMAHIRAN HIDUP 
ZON BUKIT GAMBIR 2011

Tarikh:
28.4.2011
(Khamis)

Tempat:
SK Sengkang, Ledang.

Kejayaan:
Naib Johan Pertandingan Reka Cipta
Peringkat Zon Bukit Gambir

Muhd Haziq Fitri dan  Noor Muhammad

Selasa, Mei 10, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ 2011

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSJ
KALI KE 44 (2011)

Tarikh:
18-21 April 2011

Tempat:
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos
Johor Bharu

Acara:
100m (L) 10-ke 4
200m (L) 10- ke 4

Adik Muhd Ikhmal B Abdul Rahim bersama Cikgu Khudhairi B Jais

@@@@@@@@@@@@@

Isnin, Mei 09, 2011

Perkhemahan Bina Insan (1 Malaysia) Peringkat Negeri Johor

PERKHEMAHAN BINA INSAN ( 1 MALAYSIA )
PERINGKAT NEGERI JOHOR

Tarikh:
28-31 Mac 2011

Tempat:
Pusat KoKurikulum Johor (JPNJ)
Kem Tasek Utara, Johor

dari kiri: Muhd Fakri Afiq B Ali, Muhd Aqil Nu'man B Azman, Aiman Iqbal B Yussaini, Cikgu Khudhairi B Jais (GPK-Ko), Nurul Amanina Bt Abdul Halim, Nurul Jannah Bt Mohd Janis, Khairul Nadhirah Bt Hai Rozzaman.

Ahad, Mei 08, 2011

Lawatan Sambil Belajar 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2011

Tarikh:
7.5.2011
(Sabtu)

Tempat:
Pusat Sains Negara KL
Taman Botani Shah Alam
I-City Shah Alam

Peserta:
3 orang guru pengiring
-Cikgu Zainab Bt Ismail (Ketua Rombongan)
-Cikgu Nor Zakiah Bt Hj Abdullah
-Cikgu Mahani Bt Jais

2 orang staf:
-Cik Zanariah Bt Samad
-Pn Nur Dahliya Bt Noor Rahman

Murid:
40 orang

A. Pusat Sains Negara

 B. Taman Botani, Shah Alam.

C. I-City Selangor.

*Bertolak dari SKPK pada 8.00 pagi(Sabtu)  dan tiba di SKPK 12.45 pagi(Ahad).
@@@@@@@@@@@@@@