Plezzz, click!!!

Isnin, Februari 28, 2011

Taman Botani Harapan-BICARA BUKU

Tajuk Buku:
Taman Botani Harapan

Penulis:
A.Razak Adam

Penerbit:
PTS

Pengkelasan Dewey:
899

Sinopsis/ulasan:
Azlan dan neneknya mengusahakan tapak semaian. bermula dengan anak pokok buah-buahan hingga anak pokok bunga. Tanah lapang yang kosong bertukar menjadi taman yang indah. Sungguhpun ada pesaing namun itu bukanlah cabaran yang besar. Malahan Azlan menjadikan pesainnya sebagai rakan perniagaan untuk bertukar-tukar fikiran dan bekalan anak benih....

Ahad, Februari 27, 2011

Maulidur-Rasul Peringkat Sekolah-2011

Jumaat 25.2.2011 -Sambutan Maulidur-Rasul peringkat SKPK diadakan pada hari ini..

7.00 pagi-Berkumpul di tapak perhimpunan

7.15 pagi- Taklimat disampaikan oleh  Cikgu Ismail.

8.00 pagi-Perarakan bermula dari SKPK ke Surau 1 Kg Parit Kasan
kembali semula ke SKPK


8.30 pagi-Bersarapan selepas Majlis Perarakan.


9.00 pagi- Majlis Bermula

 Pengacara Majlis: Cikgu Mustafa B Othman (Kiri)
Bacaan Doa: Adik Muhd Hafi B Mohd Noor

Penceramah Jemputan (kanan):
Ustaz Md Fadhil B Mohamad Amin dari SK Sultan Abu Bakar, Muar.

 Persembahan Nasyid oleh murid Tahun 4


11.00 pagi-Jamuan



p/s:
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Mohd Janis B Hj Abu Bakar di atas sumbangan jamuan bagi meraikan Majlis Maulidur-Rasul juga kepada AJK PIBG yang sama-sama menyumbang tenaga bersama pihak SKPK bagi menjayakan majlis ini.

Jumaat, Februari 25, 2011

Majlis Rewang Sempena Maulidur Rasul 2011

Khamis 24.2.2011- Majlis rewang atau gotong royong sempena Majlis Maulidur-Rasul SKPK telah diadakan di rumah Tn Haji Mohd Janis B Hj Abu Bakar.
Rewang dihadiri oleh guru-guru, staf dan AJK PIBG SKPK.

Guru-guru, staf dan AJK PIBG.

Guru-guru dan staf SKPK bergotong royong memotong daging...



****************

Khamis, Februari 24, 2011

Kasih Sahabat-BICARA BUKU

Tajuk Buku:
Kasih Sahabat

Penulis:
Alias Derais

Penerbit:
KarnaDya

Pengkelasan:
899

Sinopsis/ulasan:
Persahabatan antara Amir, Kumar dan Toh Seng sudah lama terjalin. Lebih-lebih lagi mereka berada dalam kelas yang sama. Walaupun latar belakang keluarga masing-masing sangat berbeza, itu tidak menjadi halangan persahabatan 3 serangkai ini bertaut erat...........


Rabu, Februari 23, 2011

Abang, Adik dan Ayam-BICARA BUKU

Tajuk Buku:
Abang, Adik dan Ayam

Penulis:
Ezee Rahmani

Pengkelasan Dewey:
899

Ulasan/Sinopsis:
"Apa jawatan saya?" tanya balqis mengakhiri lamunan spontannya sambil memerhati abangnya menutup buku catatan projek ayam mereka.
"Jawatan kamu ialah pengurus!"
"Abang sebagai pengarah"
Balqis mencebik. "Jawatan abang lebih tinggi!"
"Tentulah! Abang yang buat semua kertas kerja dan bina sangkar aya.. Beli makanan ayam. memang layak jadi pengarah.................."

************************

Selasa, Februari 22, 2011

Bengkel Penyelarasan & Pengurusan ICT 2011

Bengkel Penyelarasan & Pengurusan ICT

Tarikh:
22 Februari 2011
(Selasa)

Tempat:
PKG Serom

Masa:
8.30 pagi hingga 5.00 petang

Guru Terlibat:
En Ismail B Mohamed

Isnin, Februari 21, 2011

Weather Watch-BICARA BUKU

Tajuk:
Weather Watch

Penulis:
Katy Pike

 Penerbit:
MBC

Sesuai sebagai bahan bacaan murid-murid Tahap 1.
Banyak menceritakan tentang keadaan cuaca.
Diselitkan dengan gambar-gambar warna warni yang menarik.

Sabtu, Februari 19, 2011

Bengkel Penyelarasan & Pengurusan PSS



 PTP PKG Serom-En Esa B Sudar dan En A.Rahman B Md Amin
dan peserta-GPM sekolah Zon Serom

Tarikh:
21 Februari 2011

Hari :
Isnin

Tempat
Pusat Kegiatan Guru ,
Serom

Masa:
8.30 pagi - 5.00 petang

Guru Terlibat:
Pn Nor Zakiah Bt Abdullah
GPM SKPK

@@@@@@@@@@


Rabu, Februari 16, 2011

Bengkel Khemah Membaca & Rakan Pembaca-Peserta NILAM 2011

 Tarikh :
16 hingga 17.2.2011

Tempat:
PKG Parit Setongkat,
Muar,
Johor

Peserta:
GPM yang di pilih mewakili Zon masing2.
Peserta pertandingan.
Guru Pengiring.

Pegawai PTP dan Hakim2 Pertandingan Calon NILAM

Empat orang Calon NILAM Daerah Muar/Ledang
yang terpilih ke pertandingan peringkat Negeri pada awal bulan 3.

Selasa, Februari 15, 2011

MAULIDUR RASUL


Maulidur Rasul (bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.


Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad saw, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

********************

Isnin, Februari 14, 2011

LARIAN PERDANA MAHKOTA JOHOR 2011

Sabtu 12.2.11- Larian Perdana Mahkota peringkat Negeri Johor telah diadakan dengan jayanya.
Murid yang terlibat terdiri dari Tahun 3 hingga tahun 6.Taklimat oleh Cikgu Khudhairi B Jais ( GPK KO )

Pasukan yang mengambil bahagian.

Aktiviti keregangan sebelum memulakan larian....
guru-guru dan staf pun mengambil bahagian....
acara larian dimulakan....
peserta-peserta yang sampai ke garisan penamat....


Penyampaian medal kepada pemenang mengikut kategori:
Bawah 12 (P) : tempat 1- 10
Bawah 12 (L) : tempat 1-10
Bawah 10 (P) : tempat 1-10
Bawah 10 (L) : tempat 1-10

Johan keseluruhan disandang oleh Rumah Kuning

Rabu, Februari 09, 2011

505 Kata Banyak Makna-BICARA BUKU

Tajuk:
505 Kata Banyak Makna
KBSR dan KBSM

Penulis:
Bahasa Othman
Siti Nor Yaacob


Penerbit:
E.D.U

Pengkelasan Dewey:
499.3



Sinopsis:
Bagaimana buku ini dapat membantu anda?

* terdapat lebih daripada 500 kata banyak makna.
* makna yang cukup jelas dan menyakinkan murid untuk memahami.
* pengunaan ayat contoh mengikut tahap KBSR dan KBSM
* lebih daripada 150 ilustrasi yang menarik untuk mengukuhkan pemahaman murid.

**************************

Khamis, Februari 03, 2011

Tahun Baru Cina 2011


Sejarah Tahun Baru Cina

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Malam Tahun Baru Cina

Ada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.