Pages

Plezzz, click!!!

Selasa, Julai 27, 2010

UPPM 3 2010

SELAMAT MENEMPUHI
PEPERIKSAAN UPPM 3

27.7.2010 (SELASA)
HINGGA
29.7.2010(KHAMIS)

Jumaat, Julai 23, 2010

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6

Jumaat 23.7.2010- Program motivasi telah diadakan untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR tidak berapa lama lagi. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Syaari B Abd Rahman dari IP Minda and Consultancy Kuala Lumpur. Murid-murid begitu tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh beliau yang bermula pada 9.30 hingga 11.00 pagi.
Penceramah jemputan Ustz Syaari B Abd Rahman
(IP Minda,Tranning and Consultancy)
sedang menyampaikan ceramahnya...

murid-murid tekun mengikuti ceramah motivasi yang disampaikan...

sebahagian guru-guru.

Jumaat, Julai 16, 2010

PROGRAM ISRAK MIKRAJ 2010

Jumaat 15.7.2010 - SKPK telah menganjurkan Program Israk Mikraj 1431H peringkat sekolah..


Tarikh :16 Julai 2010 bersamaan 4 Syaaban 1431 Hijrah
Hari :Jumaat
Masa :7.15 pagi
Tempat :
Dewan SKPK

Tentatif Program:

7.15-7.45Program membudayakan Al-Quran
Tahap 1 dan 2

7.45-9.45
Pertandingan:* Mewarna Poster Tahap 1
Melukis Poster Tahap 2
9.45-10.05
Rehat

10.15-11.15 pagiCeramah Isra' Mikraj oleh
Ustaz Nizam Bin Ali
11.15-11.35
Persembahan Nasyid
(Tahun 4)
11.35
Bersurai

Isnin, Julai 12, 2010

GOTONG ROYONG AMAL PANITIA AGAMA

Sabtu 10.7.2010- Panitia Agama Islam menganjurkan program Gotong Royong Amal yang melibatkan 2 buah surau iaitu Surau 1 Kg Parit Kasan dan Surau 2 Kg Parit Kasan dan 2 buah masjid iaitu Masjid Jamek Kg Parit Hj Idris dan Masjid Jamek Kg Parit Kasan. Semua murid tahap 2 terlibat dalam program ini dan dipantau oleh guru pembimbing kelab/persatuan masing-masing.

A. Surau 1 Kg Parit Kasan
(Persatuan Agama Islam)
Ustazah Rosniza sedang membersihkan tempat mengambil wuduk ..

Ustazah Rosniza, Ustazah Zainura dan Ustazah Hazlina
di Surau 1 Kg Pt Kasan.
En Ismail sedang membersihkan karpet surau dan dibantu murid-murid



B. Surau 2 Kg Parit Kasan
(Kelab Keselamatan Jalan Raya)
ahli KKJL sedang membersihkan bahagian
dalam surau dan kawasan persekitarannya...


En Hamdan sedang mengutip sampah sarap...

Pn Nor Zakiah sedang membersihkan kawasan surau...

mencabut rumput dan membersihkan sampah

membersihkan tingkap

Pn Mahani membersihkan bahagian dalam surau.

membersihkan bahagian anjung surau.


murid-murid dan guru-guru disediakan oleh Panitia Agama.

Khamis, Julai 01, 2010

HARI TERBUKA 2010

Khamis 1.7.2010- Hari Terbuka telah diadakan di SKPK. Warga SKPK juga menganjurkan pasaria di bawah Badan Kebajikan Guru, dan jualan majalah (PSS). Kedatangan ibu bapa amat menggalakkan.


Perbincangan antara ibu bapa dan guru.

murid-murid yang sabar menunggu kehadiran ibu bapa.



gerai2 jualan yang dipenuhi pelanggan.
Peniaga dikelolakan oleh guru2 dan dibantu oleh staf dan murid-murid...