Plezzz, click!!!

Khamis, Februari 25, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKPK

Khamis 25.2.2010 -
SKPK mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Tema :

MEMANTAPKAN UKHWAH MEMPERKASAKAN UMMAH

Objektif:
Mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.
Mengingati dan menghayati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Menanamkan rasa cinta dan kasih terhadap junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Tentatif Program:

7.15-7.30 pagi
Semua murid, guru dan tetamu mengambil tempat diTapak Perhimpunan

7.30-7.50 pagi
Perarakan Murid dan Guru2 membawa sepanduk
8.00-8.30 pagi

Ucapan Alu-aluan Guru BesarPn Hjh Munah Bt Abd Majid
Pengacara Majlis En Ismail B Mohamed
Pn Hjh Munah Bt Abd Majid GB SKPK

8.30-9.30 pagi
Ceramah Maulidur Rasul:
Ustaz Nizam B Ali

Penceramah RTM Melaka.

(Guru SK Agama Bukit Gambir)

9.30 pagi

Persembahan Nasyid oleh Murid2 Tahun 4
Raudatul Jannah
Pemimpin : Pn Norzalena bt Nordin

9.45-10.05

REHAT


Aktiviti Selepas Rehat
Tahap 1
Mewarna Poster
Tahap 2
Kuiz Berkumpulan

12.30 tengahari
Jamuan di Surau Kg Parit Kasan
sebahagian penduduk Kg Parit Kasan sedang rewang.
guru-guru dan staf sedang menjamu selera di surau Kg Parit Kasan


Selingan :
Kumpulan Nasyid sedang mengadakan latihan
di makmal komputer di bawah bimbingan
Pn Norzalena Bt Nordin

PEMANTAUAN KPK, SBOA DAN PLBS

Rabu 24.2.2010 -
Pemantauan SBOA dan PLBS dijalankan oleh En Zulkipli B Abdul Rahim (SK serom 5-SBOA) dan En Md Sarip B Sudin(SK Chung Hwa 3-PLBS)



Sabtu, Februari 20, 2010

KEM BESTARI SOLAT (KBS)

Sabtu 20.2.2010 - Murid-murid Tahun 1 dan 2 menghadiri Program Kem Bestari Solat bermula 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Guru pembimbing terdiri daripada guru Agama Islam dan guru J-Qaf.

Sabtu, Februari 13, 2010

Latihan Sukan 2010




Sabtu 13.2.2010 - Murid-murid menjalani aktiviti latihan sempena Hari Olahraga 2010 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Pasukan Hijau dan Merah menjalani latihan Lompat Tinggi, Lontar Peluru untuk murid Tahap 2 manakala Lontar Bola Lisut untuk murid Tahap 1.

Pasukan Biru dan Kuning pula mengadakan latihan Balapan di Sekolah Agama Parit Kasan memandangkan padang sekolah SKPK tidak dapat menampung bilangan pelajar berikutan pembinaan bangunan baru.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA
"Xin Nian Kuai Ler"


diucapkan kepada semua warga Pendidik yang berbangsa Cina.

Rabu, Februari 10, 2010

Perlawanan Bola Sepak MSSD (Ledang)

Rabu 10.2.2010 - SKPK telah menghantar 1 pasukan bola sepak (15 orang termasuk pemain simpanan) ke perlawanan MSSD (Ledang) di SK Serom 3.

pasukan bola sepak sekolah

bersiap sedia ke tempat perlawanan...

Selasa, Februari 09, 2010

PEMANTAUAN PSS

Isnin 8.2.2010 - Pemantaun PSS kali 1 sesi 2010 dijalankan oleh En Esa B Sudar (PTP PKG Serom). Pemantauan dibuat untuk PSS . Pemantauan kali ini diberi penekanan kepada Rekod Bacaan Murid (Program NILAM).

Jumaat, Februari 05, 2010

Program Temu Sua Waris di dalam BHarian.

Jumaat 5.2.2010 -
Program Temu Sua Waris yg diadakan minggu lepas di SKPK di siarkan di dalama
Akhbar Berita Harian Hari ini.

Ustaz Zakaria sedang menyampaikan ceramah kpd ibu bapa dan pelajar SKPK

p/s :
Terima kasih kepada En Hai Rozzaman .
Pesanan utk Ustaz Zakaria , cepat2 ke kedai beli BH hari ni...
Liminite n simpan buat kenangan... -nza-

Isnin, Februari 01, 2010

Program Temu Sua Waris Murid Thn 6 2010


Sabtu 30.1. 2010

-Program Temu Sua Waris UPSR SK Parit Kasan telah diadakan. Ramai ibubapa yang hadir untuk mengiringi anak2 yang akan menduduki UPSR 2010. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Zakaria bin Mohamad (Jurulatih Dakwah Daerah MUar)dr SK Dumpar, Muar.. Banyak imput-imput yang diperolehi oleh ibu bapa dan pelajar itu sendiri .

Ikrar Akujanji Murid dan diikuti oleh Ikrar Ibubapa Calon UPSR 2010 diadakan pada sesi seterusnya..

p/s: gambar akan dimasukkn kemudian...