Plezzz, click!!!

Ahad, Julai 31, 2011

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA
dari 
Warga SKPK 2011
1 Ogos 2011-29 Ogos 2011




Sabtu, Julai 30, 2011

UPPM 3-2011

TARIKH:
26.7.2011 HINGGA 28.7.2011

Rabu, Julai 27, 2011

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MATRIKULASI 2011

TARIKH:
24.7.2011

HARI:
AHAD


PESERTA:
MURID-MURID TAHAP 2 SKPK
PELAJAR MATRIKULASI
CAWANGAN JOHOR.


A.Gotong  Royong
Guru-guru, staf SKPK, ibu bapa bergotong royong menyiapkan juadah makan tengahari.

B. Senamrobik
Senamrobik bersama pelajar matrikulasi dan murid-murid SKPK

C. LDK

D. Melukis Mural

E. Peserta Berbasikal.

F. Program Motivasi Ibu Bapa
Ceramah disampaikan oleh Pengarah Matrikulasi

F. Makan Tengahari
Murid-murid makan sedulang bersama Fasi.
 Ibu bapa dan guru.

Sabtu, Julai 23, 2011

MAJLIS TAUTAN KASIH 2011

TARIKH: 
22.7.2011

HARI:
JUMAAT

MAJLIS PERPISAHAN:
CIKGU OSMAN B SHAHIDAN
USTAZAH ZAINURA BT HUSIN

MERAIKAN KEHADIRAN:
CIKGU RAMASIAH 
USTAZAH AZALINA

 A. Jamuan

B. Majlis Rasmi
*Ucapan yang dirai
Dari kiri: Ustazah Azalina (guru baru), Cikgu Ramasiah (GPK Hem baru), Cikgu Hjh Nik Fauziah Bt Nik Yusoh (Guru Besar), Cikgu Osman B Shahidan dan En Padil B Md Amin(YDP PIBG)

Ucapan daripada CIkgu Osman B Shahidan

Ucapan daripada Cikgu Ramasiah- GPK Hem

Ucapan daripada Ustazah Azalina

*Penyampaian Hadiah dan Cenderahati.
 En Padil B Md Amin-wakil  PIBG

 Cikgu Ali-wakil Badan Kebajikan Bilik Guru/Staf/Pekerja

Cikgu Nik Fauziah menerima cenderahati dari Cikgu Osman

 Cenderahati dari wakil-wakil kelas. Pra hingga Tahun 6

Bergambar kenangan dengan rakan-rakan guru dan staf

 Ahli Jawatankuasa PIBG

Guru-guru dan staf wanita.

sesi bersalaman

Selasa, Julai 19, 2011

BENGKEL VERIFIKASI i-NILAM 2011

Tarikh:
18.7.2011 hingga 19.7.2011

Tempat:
PKG Serom

Penceramah :
En Esa B Sudar-PTP PKG
En Rahman B Md Amin-PTP PKG

Guru Terlibat:
18.7.2011-Pn Nor Zakiah Bt Abdullah
Bengkel Nilam dan Rakan Pembaca
19.7.2011-Pn Nur Anisza Bt Md Dali
Bengkel Rakan Pembaca dan Edu Web TV

Khamis, Julai 14, 2011

PANTUN MERDEKA

PANTUN MERDEKA


MEREDAH SASA BUMI MELAKA,
AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN
INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,
TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.

BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.

AWAN TENANG BERSERI HIASAN,
KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA;
PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN,
MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA.

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

REMAJA KINI MENJULANG NUSA,
BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.

CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,
GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Selasa, Julai 12, 2011

"KALAU ADA"-Kata-kata Semangat.

KATA-KATA SEMANGAT :

Kalau ada 1000 insan yang cemerlang 
maka aku salah seorang darinya,
kalau ada 100 insan cemerlang 
maka aku juga salah seorang darinya,
kalau ada 10 insan cemerlang 
maka aku juga salah seorang darinya
DAN kalau SEORANG sahaja insan cemerlangan 
maka AKULAH orangnya...
Siapa??? yaaa akulah orangnya.

Isnin, Julai 11, 2011

Ahad, Julai 10, 2011

SAJAK KEMERDEKAAN


Sajak Kemerdekaan


Merdeka,Merdeka,Merdeka!
Itulah laungan oleh Tunku Abdul Rahman
Itulah detik perjuangan oleh beliau
Tetapi ramai pejuang yang terkorban.

Tanggal 31Ogos 1957
Hari permulaanya Tanah Melayu 
Sudah pun Merdeka di stadium Merdeka
Stadium Merdeka ialah saksi kermederkaan

Ketika itulah ramai pejuang yang
Membasahi bumi dengan darah
Ramai penjajah yang mati di tangan pejuang
Demi rela terkorban.

Ramai pejuang mati demi mempertahankan 
Negara Malaysia yang tercinta ini
Demi menjaga bangsa dan agama 
Untuk negara Malaysia ini.

Agar bumi Malaysia ini selamat dari penjajah
Supaya bumi yang tercinta ini
Aman daripada musuh yang jahat
Agar rakyat Malaysia dapat menghayati sejarah
Pejuangan oleh para pejuang.

Jumaat, Julai 08, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR PRA (JAN HINGGA JUN)

Tarikh:
7.7.2011

Tempat:
PRA Sekolah




@@@@@@@@@@@@@

Isnin, Julai 04, 2011

SALAM PERPISAHAN CIKGU OSMAN

Salam Perpisahan kepada 
Cikgu Osman B Shahidan 
yang akan memulakan tugas 
di SK Sagil Kampung 
bermula hari ini 
4 Julai 2011...

Sabtu, Julai 02, 2011

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Tarikh:
2.7.2011

Tempat:
SKPK -Kg Parit Kasan - SKPK

A.Pendaftaran Murid
 oleh guru kelas masing-masing.

B. Ucapan Pengelola Program
 Cikgu Mustafa B Othman memberi taklimat ringkas.

C.Bacaan Doa
 oleh adik Muhd Hafi B Md Noor

D. Menonton Siaran Langsung Perasmian 
1M1S1M
oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
(Timbalan Perdana Menteri Malaysia)

 E. Keregangan
diketuai oleh Cikgu Ismail B Mohamed
murid-murid ,guru-guru dan staf

F.Acara Larian Sejauh 2.1 km
Larian


Jumaat, Julai 01, 2011

PAMERAN DAN KARNIVAL PESTA BUKU DAERAH MUAR 2011

Tarikh :
27-30 JUN 2011

Tempat:
Bangunan Komuniti Umno
Jalan Bakri Batu 1,
Muar.



PROGRAM LITERASI J-QAF 2011

Tarikh:
27.6.2011