Plezzz, click!!!

Sabtu, Oktober 30, 2010

Pembinaan Bangunan Baru...

Perkembangan terkini pembinaan bangunan baru SKPK sehingga hari ini.


Khamis, Oktober 28, 2010

Taklimat Standard Guru Malaysia 2010

Rabu 27.10.2010 - Taklimat Standard Guru Malaysia telah diadakan di Makmal Komputer SKPK. Taklimat telah disampaikan oleh Tn Haji Mohamad B Md Amin (GPK 1) dan dibantu oleh En Azad B Hamzah (Pegawai Fasilitator School Net).

Tn Hj Mohamad B Md Amin sedang menyampaikan taklimat.

Antara guru-guru yang hadir.

Rabu, Oktober 27, 2010

The Story of Bumi and Suri - Bicara Buku

Tajuk Buku:
The Story of Bumi and Suri

Penerbit:
Pelangi

Pengkelasan Dewey:
Fiksyen Bahasa Inggeris


Sinopsis:
A yong man named Bumi befriended and married Suri a fairy. They lived a happy life until one day when Suri had to leave Bumi and their son, Jura.
Why did Suri leave her family? Would Bumi and Jura be together with Suri again?...


Long Ago in Asia...is a unigue collection of traditional tales from the various countries is reflected in the tales and will definitely make the series a good read.

Selasa, Oktober 26, 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010
25.10.2010 HINGGA 29.10.2010

Salam maju jaya..

Isnin, Oktober 25, 2010

Penyampaian Sijil NILAM

Isnin 25.10.10 - Penyampaian Sijil Program Nilam kepada murid-murid yang mencapai tahap bacaan Gangsa, Perak, dan Emas.

Isnin 18.10.2010
Penyampaian sijil-sijil Program NILAM untuk murid-murid Tahun 6


Isnin 25.10.2010
Penyampaian Sijil Program Nilam untuk murid Tahun 5

Sabtu, Oktober 23, 2010

Kamus Bergambar - Bicara Buku

Tajuk Buku:
Kamus Bergambar
Edisi ke 5
2009

Penerbit:
OXFORD FAJAR

Pengkelasan Dewey:
413.99


*Rujukkan terbaik untuk kanak-kanak jenerasi baru.
*Sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah yang mempelajari tulisan jawi dan bahasa arab.
*Entri yang lengkap dengan pemilihan perkataan yang sesuai.
*Ilustrasi yang menarik penuh warna warni.

Selasa, Oktober 19, 2010

Hari Kemuncak Program Bulan Bahasa & Hari Buku

Isnin 18.10.2010 -Acara kemuncak Program Bulan Bahasa dan Hari Buku telah diadakan dengan meriahnya. Program anjuran bersama Panitia Bahasa Melayu dan PSS telah dilancarkan pada minggu sebelumnya. bermacam-macam aktiviti telah diadakan sepanjang program ini dilancarkan.

Antara aktiviti yang telah dijalankan :

1. Perhimpunan Khas
Bulan Bahasa 2010

murid-murid sedang mendengar ucapan .

Cikgu Mahani sebagai pengacara majlis
(Pengerusi Panitia Bahasa Melayu)

Pn Hjh Munah Bt Abd Majid sedang berucap.

2. Persembahan Murid
A. Mendeklamasikan Sajak
Adik Sabrina dan adik Siti Nor Saodah mendeklimasi Sajak.

B. Bercerita.
Adik Nazira Bt Saleh menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
" Sang Monyet dan Sang kancil"

3. Penyampaian Sijil Program
NILAM
Puan Hjh Munah Bt Abd Majid (GB) menyampaikan sijil-sijil
Gangsa, Perak, Emas
kepada murid-murid yang mencapai tahap.

4. Nyanyian Lagu :
" Bahasa Jiwa Bangsa"
Guru-guru lelaki
Guru-guru perempuan

5. Pertandingan-pertandingan:
A. Mengarang Tahap 2

B. Tulisan Cantik- Tahap 1

C. Membaca Petikan
peserta Pra Sekolah

Tahun 1, 2 dan 3

Cikgu Nor Zalena sebagai hakim memberi ulasan kepada peserta.

D. Deklamasi Sajak
Peserta Tahun 4

peserta Tahun 5

E. Deklamasi Syair.
peserta Tahun 6

Cikgu Mustapa sebagai hakim deklamasi Sajak dan Syair sedang membuat ulasan.

6. Sesi Penyampaian Hadiah
hadiah-hadiah disampaikan oleh:
Pn Hjh Munah Bt Abd Majid- Guru Besar
Tn Hj Mohamad B Md Amin - GPK 1
En Khudhairi B Jais - GPK-KO
En Mustapa B Othman - Pemangku GPK-HEM

7. Nyanyian lagu
" Bahasa Jiwa Bangsa" dan "Negaraku"


*********************************************

Jumaat, Oktober 15, 2010

PROGRAM BULAN BAHASA & HARI BUKU

Isnin 11.10.2010-Pelancaran Program Bulan Bahasa & Hari Buku telah diadakan. Program ini diadakan selama sebulan anjuran Panitia Bahasa Melayu dan PSS. Berbagai-bagai program telah disusun termasuk:
a. Pertandingan Mengarang- Tahap 2
b. Pertandingan Tulisan Cantik - Tahap 1
c. Penyampaian Sijil-sijil Program Nilam
d. Penyampaian Cenderahati kepada pembaca terbanyak 2010
- seorang Tahap 1
-seorang Tahap 2

sudut pameran poster

* gambar-gambar program akan dikemas kini dari masa ke masa sepanjang program berjalan......

Rabu, Oktober 06, 2010

Program Gigi Sihat

Rabu 6.10.2010 _ Program Gigi Sehat untuk murid-murid sekolah telah dijalakan selama 2 minggu. Murid-murid SKPK telah diberi rawatan pergigian secara percuma oleh Kementerian Kesihatan. Bagi murid-murid yang alami masalah gigi, mereka diberi rawatan menampal gigi yang berlubang manakala gigi yang rosak akan dicabut. Aktiviti terakhir, murid-murid diajar cara-cara membersihkn gigi dan mulut dengan teknik yang betul oleh jururawat pergigian yang terlatih..

Jururawat menunjuk cara-cara yang betul memberus gigi kepada murid-murid.

Gelagat murid-murid Tahun 6 menggosok gigi.

murid-murid Tahun 1


murid-murid Tahun 3 dan 4

Isnin, Oktober 04, 2010

Marhaban 2010

Sabtu 2.10.2010- Panitia Agama Islam telah menganjurkan Marhaban SKPK dengan penduduk sekitar Kg Parit Kasan dan Kg Parit Haji Idris. Sebanyak 6 kumpulan Marhaban yang disertai oleh semua murid-murid Tahap 2 dan diiringi oleh guru-guru, staf dan AJK PIBG. Setiap kumpulan mengunjungi lebik kurang 7-9 buah rumah penduduk kampung.

Terima Kasih kepada penduduk kampung yang sentiasa memberi kerjasama yang baik setiap kali SKPK mengadakan program.

Gelagat murid-murid SKPK sewaktu menyertai Mahaban.