Pages

Plezzz, click!!!

Khamis, September 30, 2010

Rewang Sempena Sambutan H.Raya SKPK esok.

Khamis 30.9.2010 - Persiapan sempena Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah rancak berjalan. Guru-guru dan staf bekerjasama menyiapkan bahan-bahan untuk jamuan esok..
En Azad sedang merebus ketupat dan dibantu oleh beberapa orang rakan.

sedang menyiapkan bahan-bahan untuk masakan....

persiapan tempat....di kantin sekolah.

Disamping itu, murid-murid Tahap 2 mengadakan latihan Marhaban bagi Program Marhaban yang akan diadakan pada hari Sabtu nanti.

Selasa, September 21, 2010

UPSR 2010

Selasa 21.9.2010 - Peperiksaan UPSR 2010 bermula hari ini. Seramai 42 orang calon UPSR SKPK menduduki peperiksaan bermula 21.9.2010 ( Selasa) hingga 23.9.2010 ( Khamis).

bacaan doa sebelum melangkah ke dewan.

ibu bapa/penjaga serta guru-guru mengiringi calon-calon UPSR memasuki dewan peperiksaan.

SELAMAT MENDUDUKI UPSR

MAJLIS PENYERAHAN ILMU 2010

Isnin 20.9.2010- Majlis Penyerahan Ilmu UPSR 2010 telah diadakan di Dewan Peperiksaan SKPK. Seramai 42 orang calon akan menduduki UPSR pada 21.9.2010 ( Selasa ) hingga 23.9.2010 ( Khamis ). Semua guru dan staf terlibat memberi kata-kata semangat dan tips-tips berguna kepada calon-calon UPSR.
calon-calon UPSR 2010

barisan guru dan staf bergilir-gilir memberi ucapan dan amanat kepada calon.

Pn Hjh Munah Bt Abd Majid ( Guru Besar) memulakan ucapan.

sesi bersalaman dan bermaafan antara calon UPSR dengan guru dan staf..

Sabtu, September 04, 2010

Sessi Bermaaf-maafan Warga SKPK

Jumaat 3.9.2010- Sesi bermaaf-maafan diadakan antara murid-murid, guru-guru dan staf SKPK sempena cuti sekolah dan bakal menyambut Hari Raya Aidil-Fitri tidak berapa lama lagi.


Jumaat, September 03, 2010

Khatam Al-Quran Ihya Ramadhan (2010/1431H)

Jumaat 3.9.2010- Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada hari ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam.. Semua murid-murid terlibat dalam majlis tersebut sempena hari terakhir persekolahan di bulan Ramadhan ini.

Tentatif Program.

Sekitar Majlis Khatam Berlangsung...
Pengacara majlis- En Mustafa B Othman

En Ismail B Mohamed memimpin majlis...

murid-murid tahnu 1 pn turut menyertai majlis.

Guru Besar Pn Hjh Munah Bt Abd Majid menyampaikan ucapan.

sebahagian murid-murid SKPK.

penyampaian cenderahati kepada murid-murid tahap 2 dan tahap 1 yang khatam.

majlis penutup-
murid-murid, guru-guru dan staf berselawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w....


Pn Zainab Bt Ismail.