Plezzz, click!!!

Ahad, Mei 30, 2010

BANGUNAN BLOK B DIROBOHKAN (2)

Khamis 27.5.2010- Bangunan Blok B yang menempatkan Tahun 1,2 dan 3 telah siap dirobohkan sepenuhnya. Bangunan ini dirobohkan bagi memberi laluan bagi pembinaan susur pejalan kaki dan garaj kereta.


Bangunan Blok B sebelum dirobohkan.


Rabu 19.5.2010 -
Bumbung bangunan dibuka...

Khamis 20.5.2010-
Bumbung bangunan telah siap dibuka.

Jumaat 21.5.2010 -
Para-para ditanggalkan.



Khamis 27.5.2010 -
Bangunan dirobohkan sepenuhnya dengan menggunakan jentolak.

Ahad, Mei 23, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL 2010

Sabtu 22.5.2010 - lawatan sambil belajar telah di adakan. Seramai 35 orang murid tahun 6, 5 orang murid Tahun 5 dan 4 orang guru pengiring mengikuti lawatan ini. Guru pengiring terdiri daripada En Ismail B Mohamed (Ketua lawatan), Pn nor Zakiah bt Abdullah, Pn Nur Anisza Bt Md Dali dan Pn Norzalena bt Nordin.

Antara Objektif lawatan :
* memberi pengalaman baru kepada pelajar.
*merasai dan melihat sendiri sesuatu yang tidak pernah dilihat.
*kerjasama antara ahli kumpulan.
*memupuk nilai-nilai murni seperti
-kerjasama,
-tolong menolong
-berbudi bahasa

CATATAN PERJALAN :
7.15 pagi : menaiki bas, bacaan doa oleh En Ismail B Mohamed.


9.00 pagi : Berhenti untuk sarapan di R&R Seremban

11.00 pagi-2.30 ptg : Tiba di KLCC. Terus ke Petro Sains.


A. PETRO SAINS KLCC
KLCC

di pintu masuk ke PetroSains

merasai gegaran.

di atas pelantar minyak.

bersedia untuk menonton 3D cinema....mereka begitu seronok.

selepas menaiki helikopter.

murid-murid begitu berminat dan mencuba bermacam-macam "eksperiment" tentang sains.

berhampiran pintu keluar.

2.45 : Makan tengahari di Taman KLCC

B. AQUARIA KLCC
3.45 ptg : Tiba Aquaria KLCC
Di Aquaria murid-murid dapat melihat berbagai jenis spesis ikan, spesis amfebia, serangga dan bermacam-macam haiwan. Di sini murid-murid boleh melihat ikan-ikan secara langsung. Ada diantara ikan-ikan ini boleh disentuh. Murid-murid seronok bila melalui terowong akuarium di mana ikan-ikan berenang-renang di atas kepala mereka.
guru-guru pengiring dari kiri :
Pn Nor Zakiah, Pn Jannah (isteri cikgu Ismail),
Pn Nor Zalena dan Pn Nur Anisza.


di dalam terowong.


C. TAMAN KLCC

5.00 ptg : Singgah sembahyang di masjid berhampiran sebelum mandi di kolam.
Murid-murid diberi peluang untuk mandi di taman KLCC sebelum bertolak pulang.
guru pengiring.

bersiap sedia untuk pulang.

menunggu bas.

9.00 malam : Singgah makan malam dan sembahyang di R&R Seremban.

10.00 malam : Bertolak pulang ke SKPK
11.20 malam : Selamat tiba ke sekolah

Rabu, Mei 19, 2010

BANGUNAN BLOK B DIROBOHKAN

Rabu 19.5.2010 - Blok B bangunan SKPK akan dirobohkan sepenuhnya mulai hari ini. Blok B menempatkan kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 akan dirobohkan bagi kerja-kerja pembinaan susur gajah dan garaj kereta guru. Memandangkan kekurang kelas, murid-murid Tahun 1 ditempatkan sementara di kelas pemulihan, Tahun 2 di makmal komputer dan Tahun 3 di Perpustakaan.


Sejarah Blok B:
Menempatkan Kelas Tahun 1, 2, dan 3

Dirasmikan oleh :
YAB Dato' Haji Hassan B Haji Yunos
Menteri Besar Johor

Masa :
Selasa 23 Julai 1963 @ 28 Safar 1382
(3.30 petang)

Dirobohkan pada :
Rabu-19.5.2010


Hadapan : Blok B
Belakang : Bangunan baru yang masih dalam pembinaan




Tinggal kenangan- bangunan blok B akan dirobohkan bermula hari ini.


Gambar sekitar kerja pemindahan
murid Tahun 1, 2, dan 3
ke bilik-bilik khas.


Murid-murid Tahun 2 berpindah ke Makmal Komputer

Murid-murid Tahun 1 ditempatkan di Bilik Pemulihan




Bergotong royong bagi kerja-kerja pemindahan

Tahun 3- di PSS

Isnin, Mei 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010.

Isnin 17.5.2010- Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berjalan dengan meriahnya. Semua guru-guru, staf dan murid-murid mengambil bahagian dalam acara yang telah disusun oleh Badan Kebajikan SKPK.

Tema :
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Aturcara pagi:
Perhimpunan Khas Sempena Hari Guru
Nyanyian lagu Negeri Johor dan lagu sekolah.
Bacaan doa oleh Adik Kamaluddin B Mohd Janis

Adik Ammar B Ali (Ketua Murid) memberi ucapan mewakili murid SKPK.


En Mohamad B Md Amin (GPK 1)
menyampaikan perutusan dari
Y.Bhg Tan Sri Dato' Alimuddin B Md Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Pn Hjh Munah Bt Abd Majid ( Guru Besar)
membaca perutusan dari
Y.A.B Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin B Hj Mohd Yassin
TPM @ Menteri Pelajaran Malaysia

Adik Huda Dini Bt Mohd Noor mendeklimasikan sajak Hari Guru.

Bacaan Ikrar Hari Guru
Nyanyian lagu Guru Malaysia

Acara Sukaneka dan Bola Tampar antara Guru dan Murid.

Acara bola Tampar- Guru lelaki lwn guru wanita.


Acara hoki jelita- guru lawan murid

Acara Dadu Ular-guru lelaki lwn guru wanita.

Acara basikal Lambat antara guru dan murid-murid.

Acara Boling padang- guru dan murid

Jamuan sempena hari guru ditaja oleh En Khudhairi B Jais (GPK KO)
Kek strawberry ditaja oelh Pn Nor'aini Bt Md Dom
Kek pandan ditaja oleh ibu pelajar Thn 6 (adik Maizatul)

Penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka.

persembahan murid tahun 6, Tahun 5, dan Tahun 4.

Pertukaran hadiah antara guru-guru dan staf-staf.

Majlis bersurai pada 1.00 petang.