Pages

Plezzz, click!!!

Isnin, Mac 29, 2010

Karnival Akademik Daerah Muar 2010

Sabtu 27.3.2010- Karnival Akademik peringkat Daerah Muar telah diadakan di SK Seri Bukit Pasir, Muar. SKPK telah menghantar wakil Zon Bukit Gambir bagi pertandingan Kuiz Sains(Naib Johan Zon BG), Kemahiran Hidup(Johan Zon BG), Hafazan Al-Quran(Johan Zon BG-Pra SK) dan Mewarna Poster(Naib Johan Zon BG-Pra SK). Dalam karnival tersebut SKPK telah memenangi Naib Johan Kemahiran Hidup, Keempat Hafazan Al-Quran, Saguhati untuk Kuiz Sains dan Saguhati mewarna Poster.

Peserta Kemahiran Hidup mendapat Naib Johan Daerah.
Dari kiri : En Ali B Hassan Muhali(guru pembimbing),
Muhd Ammar B Ali,
Abdul Rashid B Mohd Karim,
Tn Hj Mohammad B Md Amin(GPK 1)

Pertandingan Kemahiran Hidup sedang bermula.

Peserta karnival Pra Sekolah.

Adik Nurin Izzati Bt Muhd Hisham
menerima piala bagi
tempat ke 4
Daerah Muar di dalam Hafazan Al-Quran.

(gambar ikhsan dr blog wakjaman)

Muhd Ikhwanuddin menerima piala saguhati
pertandingan mewarna poster.
(gambar ikhsan dari blog wakjaman)

*tiada dalam gambar
Kuiz Sains mendapat saguhati peringkat daerah.

TAHINAH KEPADA SEMUA PESERTA YANG BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DAN ZON BUKIT GAMBIR.
-NZA-

Sabtu, Mac 27, 2010

Karnival Pra SK dan Kemahiran Hidup Zon Bukit Gambir

Rabu 24.3.2010 - SKPK telah menghantar peserta untuk ke Karnival Akademik.

A. Karnival Akademik Pra Sekolah Zon Bukit Gambir
di SK Simpang Lima Darat, Bukit Gambir

1. Peserta : Nurin Izzati Bt Muhd Hisham
Acara : Hafazan Al-Quran
Kejayaan : Johan

2. Peserta : Muhd Ikhwanuddin B Hai Rozzaman
Acara : Pertandingan Mewarna
Kejayaan : Naib Johan

*Nurin Izzati dan Muhd Ikhwanuddin akan mewakili
Zon Bukit Gambir ke peringkat Daerah di SK Seri Bukit Pasir

pada 27.3.2101 (Sabtu)
Adik Ikhwan sedang menerima piala kemenangan.
gambar dr FB En Hai Rozzaman-Terima kasih


B. Karnival Kemahiran Hidup Zon Bukit Gambir
di SK Sengkang, Bukit Gambir.
Keputusan : Johan
Peserta :
Muhd Ammar B Ali
Abdul Rashid B Mohd Karim
*Akan mewakili Zon Bukit Gambir ke peringkat Daerah di SK Seri Bukit Pasir
pada 27.3.2010


Muhd Ammar B Ali dan Abdul Rashid B Mohd Karim

-TAHNIAH-nza

Kejohanan Olahraga MSSD Ledang 2010

Rabu 24.3.2010 - SKPK telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Ledang 2010 di Matrikulasi Ledang. Kejohanan ini bermula 24.3.2010 (Rabu) sehingga 27.3.2010
( Sabtu)
.
Adik Faris B Anuar
telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Lelaki (10) MSSD Ledang 2010. Manakala SKPK telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Lelaki(10) MSSD Ledang dan menerima Piala Pusingan.

Antara Kejayaan Peserta SKPK :
1. Johan 200m Lelaki(10)
-Faris B Anuar

2. Gangsa 200m Lelaki (10)
- Muhd Ikhmal B Abdul Rahim

3. Johan 100m Lelaki(10)
-Faris B Anuar

4. Peserta Terbaik Lelaki(10) MSSD Ledang
-Faris B Anuar


(Khamis 25.3.2010)
Adik Faris B Anuar dinobatkan sebagai
peserta Terbaik Lelaki 10 bersama
En Khudhairi B Jais(GPK-Ko) dan
En Mustafa B Othman(Jurulatih Utama)

5. Johan 4X100m Lelaki(10)
6. Ke 3 4X200m Lelaki (10)
-Faris B Anuar
-Muhd Ikhmal B Abd Rahim
-Khairul Aziman B Mahat
-Muhd Haikal Hakim B Sutoyo
-Muhd Azim(simpanan)

Pemenang acara 4X100 dan 4X200
dari kiri:
Haikal, Khairul Aziman, Faris, M.Ikhmal dan Azim

Belakang :
En Khudhairi, En Mustafa(Jurulatih Utama) dan En Ismail(Pegawai Kejohanan)


TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA
-nza-

Isnin, Mac 22, 2010

Perlawanan Bola Jaring 2010

Isnin 22.3.2010- Perlawanan Bola Jaring Peringkat Daerah telah diadakan di SK Ledang.
SKPK layak hingga ke peringkat suku akhir.
Pasukan bola jaring SKPK.

dari kiri : Pn Nor'aini Bt Md Dom(guru pengiring),
Pn Mahani bt Jais dan Pn Nur Anisza bt Md Dali(jurulatih)
dan En Khudhairi B Jais(GPK-KO)

Jumaat, Mac 12, 2010

KARNIVAL SAINS ZON BKT GAMBIR 2010

Rabu 9.3.2010 - Karnival Panitia Sains peringkat Zon Bukit Gambir telah diadakan di SK Serom 8. Sebanyak 18 buah sekolah telah menyertai karnival ini. SKPK telah menghantar seramai 4 orang peserta bagi pertandingan kuiz iaitu Muhammad Ammar B Ali, Muhammad Amir Imran B Yahya, Muhammad Arif B Mohd Nadzeri dan Khairun Najihah Bt Hai Rozzaman.

SKPK telah merangkul Naib Johan dan akan mewakili Zon Bukit Gambir ke peringkat daerah yang akan diadakan di SK Bukit Pasir pada 27.3.2010.dari kiri : Khairun Najihah, M.Amir, M.Ammar dan M.Arif

Khamis, Mac 11, 2010

KEMUNCAK KEJOHANAN OLAHRAGA 2010

Khamis 11.03.2010-
Hari kemuncak Kejohanan Olahraga kali ke 13 SKPK 2010 telah berlangsung dengan meriahnya di padang Sekolah Agama Parit Kasan. Kejohanan Olahraga diadakan di SAPK memandangkan padang SKPK terlibat dengan pembinaan bangunan baru.
Walaupun acara kejohanan dijalankan dalam serba sederhana tetapi tetap meriah. Para jemputan terdiri daripada
En Padil B Md Amin (YDP PIBG),
Tn Hj Mohd Janis B Abu Bakar (NYDPPIBG),
AJK PIBG,
guru-guru SAPK dan para ibu bapa.

Perarakan Pasukan yang Mengambil Bahagian

Bacaan Doa-
Adik Muhd Kamaluddin B Mohd Janis

Bacaan Ikrar
Adik Muhd Amar B Ali

Acara-acara yang dipertandingkan

Acara Pra Sekolah
60 M dan Sukaneka
Acara yang dipertandingkan
-60M (L/P-Tahun 1,2,3,4,5,6)
-Lari berganti-ganti 8X60M
-L/P-Thn 1/2, Thn 3/4, Thn 5/6

Penyampaian Hadiah

Johan Keseluruhan
2 Tahun berturut disandang oleh
Pasukan Hijau

Adik Muhd Firdaus B Anuar
selaku Pengerusi Pasukan Hijau
menerima piala pusingan sumbangan
Mantan Guru Besar SKPK
Pn Hjh Noraini Hayati Bt Hj Ahmad

*gambar sumbangan dari FB wakjaman(TQVM)

Pasukan Hijau
berkongsi kegembiraan bersama guru pemimpin mereka
En Ali b HassanMuhali,
Pn Zainab Bt Mohamad,
Pn Nor Zakiah Bt Hj Abdullah
dan
Pn Rahmah Bt Kandir

selepas diumumkan
Johan Keseluruhan Kejohanan
2 tahun berturut-turut.


Rabu, Mac 10, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA 2010-Acara Padang.

Rabu 10.3.2010- Kejohanan Olahraga kali ke 13 bagi acara padang diadakan pada hari ini. Antara acara yang dijalankan seperti lompat tinggi, lontar peluru (Tahap 2) dan lontar bola lisut (Pra dan Tahap 1).


Acara yang dipertandingkan
lontar peluru

lompat tinggi


Acara lontar bola lisut Pra dan Tahap 1

Hakim (guru-guru SKPK)

Penyampaian Hadiah

Penyampaian hadiah PRA oleh
Tn Haji Mohamad B Md Amin (GPK 1).


Penyampaian hadiah oleh En Khudhairi B Jais (GPK-KO)

Penyampaian hadiah oleh En Osman B Shahidan (GPK Hem)

Selasa, Mac 02, 2010

UPPM 1- 2010

UJIAN PENGESANAN PRESTASI MURID (1)
SELASA hingga KHAMIS
2.3.2010-4.3.2010

'SELAMAT MENJAWAB SOALAN'

Isnin, Mac 01, 2010

Karnival KT, Matematik dan BM

Isnin 1.3.2010 - Penyampaian Sijil, hadiah dan piala kepada murid-murid yang menyertai karnival dan pertandingan yang dijalankan sepanjang minggu lepas


A. Penyampaian hadiah Sempena
Sambutan Maulidur Rasul

Peringkat Sekolah 2010
Hadiah pertandingan melukis poster Pra 1 dan Pra 2
Pemenang Pertandingan mewarna poster Tahap 1

Pemenang kuiz tahap 2.

B. Karnival Matematik Peringkat Zon Bukit Gambir
di SK Sawah Ring
24.02.2010
Pemenang ke 3 kuiz.

C. Karnival Bahasa Malaysia Peringkat Zon
di SK Simpang 5 Darat
25.2.2010


E. Acara Jemputan 4X100(L) dan 4X100(P)
Sempena Kejohanan Olahraga SKBG kali ke 50
di SK Bukit Gambir.
24.02.2010
4X100 Lelaki- Tempat ke 3

4X100 Perempuan - Tempat ke 3