Plezzz, click!!!

Isnin, Oktober 26, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009


Selamat Menempuhi

Peperiksaan Akhir Tahun
27.10.09
hingga
30.10.09


*************************
*********

Isnin, Oktober 19, 2009

KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN

Jumaat 16.10.09 - Program Marhaban warga SKPK dan kampung sekitarnya telah disiarkan di dalam Akhbar Berita Harian. Kami warga SKPK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Hai Rozzaman di atas penyiaran artikel ini....( Terima kasih daun keladi...)




Jumaat, Oktober 16, 2009

KERATAN AKHBAR HARIAN METRO

Isnin 12.10.2009 -Harian Metro menyiarkan artikal kunjungan kumpulan marhaban SKPK yang diadakan disekitar Kg Pt Kasan dan Kg Pt Hj Idris yang disertai oleh guru/staf n murid.


PS: Terima kasih kepada En Hai Rozzaman di atas penyiaran artikal ini.



Sabtu, Oktober 10, 2009

Tahniah


Isnin 5.10.2009 - Seorang murid SKPK Farah Naurah bt Mahmud (Tahun 3) telah terpilih sebagai salah seorang pemenang :

PERADUAN BUKU WANG SAKU 2009
PERINGKAT KEBANGSAAN
anjuran
JABATAN KONSUMER DAN AMALAN PASARAN,
BANK NEGARA MALAYSIA.

Buku wang saku yang diedarkan kepada murid-murid sekolah seluruh negara.

Farah Naurah bt Mahmud

Seramai 14 orang murid Tahap 1 dipilih dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.. Adik Farah Naurah Bt Mahmud menerima wang tunai bernilai RM100. Pihak sekolah juga menerima surat penghargaan dr BNM dan menjadi anak angkat kepada PUBLIC BANK.

"TAHNIAH"

-Panitia PSV-

Pemenang Mewarna Poster Kemerdekaan

Isnin 5.10.09 - Seramai 10 orang pemenang mewarna poster Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 52 anjuran PSS dan Panitia PSV SKPK menerima hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Hjh Munah bt Abd Majid semasa perhimpunan mingguan.
Tahniah kepada semua pemenang.

Isnin, Oktober 05, 2009

Marhaban


Sabtu 3.10.2009 - SKPK telah mengadakan marhaban dari rumah ke rumah disekitar Kg Parit Kasan dan Kg Pt Haji Idris. Kumpulan marhaban ini terdiri daripada murid2 tahun 3, 4, 5 dan 6. Sebanyak 8 kumpulan marhaban yg diketuai oleh guru, staf n AJK PIBG. Setiap kumpulan diwakili lebih kurang 15 org murid. Setiap kumpulan berkunjung berkunjung sebanyak 12 hingga 16 buah rumah. Marhaban bermula pada pukul 8.00 pagi.


7.45 pagi- murid-murid berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.


8.00 pagi- Marhaban bermula



2 kumpulan marhaban di sekitar Kg Parit Kasan ( gambar ihsan dari Wakjaman-TQVM)


Sambutan Hari Raya

Jumaat 2.10.2009 - SKPK dan Panitia Agama Islam telah menganjurkn Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah.
Aturcara Majlis :
7.30 pagi
- Bacaan Yasin
- Pertandingan Kumpulan Marhaban
- Selingan ucapan Hari Raya-
Wakil Guru, Staf n Murid
- Pertandingan Pakaian Cantik
( Pra 1/2, Th 1-6)
12.00 tgh- Bersurai


Guru dan staf bergotong royong menyiapkan masakan untuk jamuan. Menu yang disediakan ialah ketupat segera, rendang daging, kuah kacang n lodeh.

Jemputan - PIBG dan Ketua Kampung Parit Kasan
Pertandingan pakaian cantik Lelaki dan Perempuan- (Pra 1 hingga Tahun 6)
Penyampaian hadiah kepada pemenang.
"Berkat" yg siap dibungkus.

Sambutan Hari Jadi PRA SK

Khamis 1.10.09 - Pra Sekolah telah menganjurkan sambutan Hari Lahir pada murid2 yg lahir antara Bulan Jun hingga Disember. Antara menu yg dihidangkn ialah satey, nasi beriani gam, kuih muih n berbagai2 lagi.

Murid Pra 5 tahun
Murid Pra 6 tahun

Bacaan doa oleh Cikgu Ismail
Marhaban
Jamuan murid-murid
Suasana di dalam PRA
Gelagat murid2 PRA 1 dan 2